Saturday, August 16, 2014

Jika tiada rezeki...

Assalamualaikum guys.
Suka iqa nak share tazkirah yg iqa dapat ni dari whatsapp.
Bila iqa baca tazkirah ni, rasa mcm betul kena kat diri sendiri.
Moral of the story, kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.
Dan, setiap yang Allah beri pada kita, ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.



Jika tiada rezeki anak,
Mungkin diberikan rezki mentua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
****************
Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
****************
Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
****************
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
****************
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
Mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
******************
Jika tiada rezeki jodoh,
Mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
******************
Jika tiada rezeki hari ini,
Mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
******************
Bersabar. Bersyukur. Berusaha, Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia yang Maha Adil. 

No comments:

Post a Comment

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa