الجمعة، 8 أغسطس 2014

#Raya's Story : 'Ziarah' to Teachers' House

Assalamualaikum.
Syawal ke-4 dan Syawal ke-5 , iqa dan kawan lama sekolah rendah amek peluang ziarah dan jumpa cikgu lama yang telah penat berhempas pulas mendidik kami ketika zaman hingusan dari darjah 1 hinggalah darjah 6.
Iqa memang dah lama nak jumpa cikgu iqa. Tanya khabar mereka.
Alhamdulillah, raya tahun ni iqa berpeluang untuk jumpa cikgu2 iqa. Ramai jugak.
Classmate iqa tak ramai pun yang dtg ke rumah cikgu. Adalah dekat 10 orang.
Masing2 busy. Haih. Tak taulah bila dah kawen nnt. Ahaha.tetiba

***************************************

Cikgu Zamilah

Cikgu Zamilah berjubah pink 

Rumah pertama kitorang serbu, rumah cikgu Zamilah. Cikgu Zamilah ajar subjek BM. Klu tak silapla.hee,,boleh lupa. Memori bersama cikgu Zamilah tak banyak. Iqa pun tak berapa ingat sangat.  Now, cikgu dah pencen pun.Hoho. Tak sangka. Cikgu bagi duit raya even kami dah tua bangka.

Cikgu Ismail

Peace! Cikgu Mael. Idk why my expression's like that? hak. excited terlampau

Cikgu ni memang paling legend. Dalam banyak2 cikgu, cikgu Mael lah yang paling iqa tak boleh lupa. Cikgu Mael ajar subjek BI. Bila iqa ingat cara dia ajar, confirm iqa akan sengih sorang2. Lawak nak mampos cara dia ajar. Cikgu mael garang giler. Bila dengar derap tapak kaki dia, kitorang satu kelas yang bising terus akan jadi senyap. Takutt!!! Selalunya, masa dia ajar, cikgu suka cakap perkataan2 yang boleh buat kitorang nak ketawa. “put..putted..putting..” “Ingnga poriee”.. Cikgu  marah sakan kalau dia nampak pelajar dia tgok luar masa dia tgh ajar sapa yang duk tepi tingkap.. cikgu mahu pelajarnya betul2 fokus kat dia. Kami satu kelas sebenarnya nak gelak bile cikgu buat lawak kat depan kelas. Tapi, cikgu langsung tak bagi kitorang gelak. So, iqa ingat lagi, iqa terpaksa tutup mulut tahan gelak bila cikgu cakap bukan-bukan. Dah lah iqa duduk barisan paling depan sekali. Betui2 depan cikgu. Adoi. Ahahaha…

Tapi, sebenarnya, bila iqa fikir balik, dan umur iqa pun dah meningkat ke 20-an, baru iqa faham kenapa cikgu mael buat kitorang begitu. Iqa sebenarnya memang lemah subjek BI. And Alhamdulillah, cikgulah yang banyak bantu iqa terutama bab Grammar. Setiap kali cikgu ajar Grammar, memang cikgu akan paksa kitorang catat dalam nota kecik yang tiga lima tu. Sape ingat lagik nota tiga lima? Dan nota tu iqa guna buat rujukan sampailah iqa masuk ke sekolah menengah. Apa yang cikgu ajar, betul2 sangat berguna sampai sekarang. Dan bagi iqa, cikgu mael adalah cikgu yang terbaik yang iqa pernah jumpa. Memang cara cikgu garang, tapi hakikatnya dia sangat concern dengan student2nya.

Sebab itu, iqa sangat teringin jumpa cikgu mael. Alhamdulillah raya tahun ni, iqa berpeluang jumpa cikgu.  Cikgu gembira betul bila kitorang jejak kaki ke rumah dia. Bila dah jumpa, kenangan lama datang mengusik. Borak2 dengan cikgu, memang kitorang gelak sakan. And cikgu still ingat lagi muka iqa. Katanya, sebab iqa sekolah  menengah Taayah dulu. Sama dengan anak dia. Haih. Seronok betul dapat jumpa cikgu. Terubat rindu iqa. Ahaha.

Cikgu Rofiah

Cikgu Rofiah berbaju oren 

Ok. Cikgu rofiah memang antara cikgu yang agak tegas juga orangnye. Cikgu ajar subjek Sains. Dalam bahasa melayu. Iqa ingat lagik, antara word2 penting yang kena hafal, “Semakin bertambah…semakin berkurang..”, “Untuk mengkaji hubungan antara…” “Pokok B membesar kerana….” Blalalaa… ahaha.. banyak lagik. Iqa pun dah tak ingat. Cikgu Rofiah best jugak ajar. Cikgu Rofiah pun dah pencen sekarang. Ikut jejak langkah cikgu Zamilah. Ehehe.

Cikgu Zawiyah

Cikgu Zawiyah. sempoi je. aha

Cikgu Zawiyah ajar subjek BI juga. Cuma, iqa tak ingat, cikgu ajar darjah 1 atau 2. Hihi. Tak ingat. Apa yang pasti, cikgu pernah hantar anak2 dia kat rumah iqa. Masa tu anak2 cikgu kecil, Intan, Ada, dan Wina. Now, budak2 tu dah besar dah pun. Diorang pun dah tak kenal iqa.

Cikgu Bahiyani

kelakar sgt cikgu ajak posing mcm ni. :) 

Cikgu Bahiyani mengajar subjek Matematik. Hui. Cikgu agak tegas jgak orangnya. Biasanya, bila ada budak2 yang salah jawab Matematik, memang kena denda. Antara denda: dirotan, beli gula-gula (choclairs) bagi kat cikgu. Hak3. Iqa penah jugak kena rotan. Tapi, yang bestnya, bila ktorang dpt jawab soalan Matematik dan betul semua, mesti ktorg akan dapat balik gula-gula tu. Yang bestnya banyak kot dapat.

Cikgu Rozita

cikgu rozita berbaju coklat. 

Cikgu Rozita adalah cikgu terakhir kami serbu rumah. Sape datang umah cikgu masyuk gila. Dapat plak duit raya 10 hinggit. Hak! Kire byk la tu kan. Cikgu rozita ajar subjek kajian tempatan dan sains. Masa tu umur iqa darjah 4 or 5. Lupa. Hiks. Cikgu rozita antara cikgu yang cantik yang ajar iqa masa sekolah rendah dulu. Sebenarnya, rumah cikgu dekat sangat dekat rumah iqa. Betul2 sebaris dengan rumah iqa. Tapi, jarang betul jumpa cikgu. Ya la. Iqa pun duduk asrama. Jarang balik rumah, apatah lagi nak bertembung dengan cikgu.

****************************

Warghhh.. ramai kan iqa dapat jumpa cikgu tahun ni.
Tahun depan, iqa nak jumpa cikgu sekolah menengah pulak lah. Hakhak.
Jasa cikgu2 takkan dilupa. Akan diingat sampai bila2.
Sebab merekalah yang menyampaikan ilmu kat kita.
Cikgu selalu pesan kat iqa, “Kalau jumpa cikgu, jangan sombong, tegur cikgu,..”
Ye..baik cikgu. Iqa takkan lupa.
In sha Allah. Cikgu selalu ada dalam doa iqa.
Hoho. 
 

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa