الخميس، 28 أبريل 2011

ARMAGEDON 2o12 ^_^





Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.
      Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.
Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).
   
***********************************************

Hmm.. aku dulu memang minat giler nagn novel. Paling banyak novel cinta r.. memang melambak novel tu kat rumah. Tapi tak taw nape skunk aku da bosan ngan novel cinta nie. Mugkin sebab aku mengalami perubahan untuk melonjak ke alam dewasa kot! Cewah! Hehe.. Sejak duduk kat rumah sementara menanti tawaran kemasukan ke university,aku lebeh berminat untuk mengkaji buku2 yang berkaitan ilmiah. Lagi pon , aku memang nak tambah ilmu. Ye la, sementara aku masih fresh (muda) ni, memang patut aku cari ilmu. Nanti dah kawen, dan dah terikat dengan tanggungjawab family, memang susah nak cari ilmu nie.. Jadi, time ni la aku nak top up ilmu banyak2.. hee~ so, buat masa skunk, aku sedang mengkaji buku ARMAGEDON 2012 BENCANA AKHIR ZAMAN. Aku ase kalau dengar tajuk die, macam gerun le pulak kan..  First2 aku tertarik ngan buku nie sebab tajuk die. Buat owg lebih nak taw lagi btol ke kiamat berlaku tahun 2012. Ye la kan, bwu2 nie ade filem owg putih pasal hari kiamat yanag akn berlaku 2012 nnti. Tapi tu sume karut la!! Tak bole percaya pon. 








Sedangkan Nabi kite pon tak taw bile kiamat berlaku apetah lagi kite umatnya. Hanya Allah je yang taw bile tarikh kiamat ini akan berlaku. Kita sebagai hamba perlulah bersiap sedia dengan menambah amalan2 untuk dihisab di padang mahsyar nnti.hmm..  Aku beli  buku ni kat Popular,Parade,Ipoh. Disebabkan buku ni tebal, mahal lah jugak harganya… Sebanyak RM31.50 duit aku habis untuk beli buku nie. Alhamdulillah,aku bwu dapat gaji bekerja,so,aku manfaatkan gaji aku tu dengan membeli buku ni. Act, sampai skunk aku blom habis lagi baca.. ye la, tebal kot. Tapi kalau novel tuh bule pulak abis bace.. ye tak?? Hehe…  memang best pon buku nie.. setakat nie aku bwu baca pasal dajal dan dukhan dengan lebih detail lagi. Selama nie aku hanya taw dari mulut owg camne lah dajal tuh. Hee~ kalau nak taw lebih lanjut , meh aku prom0te buku nieh kat korang. Tak rugi pon. Banyak giler maklumat informasi pasal hari kiamat yang kte dapat taw dr buku nie,,


ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa