Tuesday, April 29, 2014

Rintihan kalbu: Doakan daku dalam doamu.


****kisah benar****
Di pagi nan indah itu kakiku melangkah menuju ke kelas.
Hari sabtu. Kelas berjalan seperti biasa. Subjek Kokurikulum “Leadership and Management”.
Itulah rutin harian pelajar university. Mahu tidak mahu perlu juga hadir ke kelas pada hari sabtu.
Ketika itu aku bersama seorang sahabatku sambil berjalan kaki menuju ke kelas.
Sibuk bercerita, aku langsung tidak sedar ada lubang di hadapanku.
Dan secara tiba-tiba aku terduduk berada di tanah.
Orang ramai mengurumuniku.
Aku pelik.

“eh! Pahal aku kat bawah ni? Kenapa orang ramai kerumun aku ni?” tanyaku pada diri sendiri.

Allahuakabar! Aku terjatuh rupanya…
Pada waktu yang sama, aku terasa kaki di sebelah kiriku terlalu sakit dan terlalu pedih.
Kakiku kebas dan langsung tidak boleh bergerak untuk bangun.
Aku pegang tangan sahabatku. Kuat sekali.

“Fatin… aduh…sakit..sakit..” aduku mengerang kesakitan.
“Sabar2..iqa..” Raut wajahnya menggambarkan dia risau melihat keadaanku.  

Aku terasa ingin menangis kerana terlalu sakit yang amat.
Ketika itu muncul salah seorang pakcik menghulurkan bantuan kepadaku.
Beliau meletak ketulan ais di kakiku.
Dan apabila aku sudah boleh bangun, aku dipapah oleh sahabatku untuk pergi ke klinik.
Di sana aku diberi suntikan dan kakiku dibalut dengan “bandage” oleh doctor.
Aku terseliuh sebenarnya.
Akibat daripada itu kakiku lebam dan bengkak serta aku langsung tidak dapat berdiri dengan tegak untuk berjalan.
Dua hari aku terpaksa berkurung di bilik.
Aku hanya boleh bergerak menggunakan tongkat sahaja.
Dan aku juga tidak dapat solat dengan sempurna. (solat duduk)
Alhamdulillah rakan-rakanku sudi membantuku sekiranya aku memerlukan pertolongan.  

Hari demi hari, bengkak di kakiku semakin surut namun aku masih tidak dapat berjalan dengan sempurna.
Ada sebahagian kakiku masih bengkak lagi.
Dan sejak itu, aku berasa kurang semangat untuk belajar.
Aku juga terpaksa menarik diri daripada beberapa program-program yang sepatutnya aku terlibat.
Antaranya, karnival kelab rumah anak yatim, mentoring rumah anak yatim, dan larian marathon.
Sedih. Tetapi apakan daya aku terpaksa melupakan semua program tersebut.
Berbagai-bagai cara aku telah lakukan.
Makan ubat pil, pergi berurut, sapu minyak/krim ubat pada kaki, sapu air zam-zam.
Kakiku juga pernah di-xray, namun doctor beritahu padaku bahawa tiada tanda-tanda yang menunjukkan tulang pada kakiku patah atau retak.

Teruk sangat ke aku terseliuh?
Hampir sebulan sudah. Sehingga kini, aku masih terpaksa lagi berjalan terhincut-hincut.
Kelas aku jauh dari mahallah.(asrama)
Namun aku tabahkan hati juga berjalan dalam keadaan terhincut itu.
Selalunya aku hanya mengambil masa 15 minit sahaja berjalan kaki dalam keadaan normal untuk sampai ke kelas.
Disebabkan kakiku yang kurang baik ini, aku mengambil masa 25 minit lambat untuk sampai ke kelas.
Ini kerana aku mudah penat. Kaki sebelah kananku terpaksa menampung berat yang banyak disebabkan aku perlu mengurangkan tekanan di kaki sebelah kiriku.
Kadang-kadang aku terasa sedih mendengar beberapa tohmahan daripada manusia yang tidak memahami keadaanku ini.

“Heii..si tempang ni…”
“Jalan tu jangan buat2 jengkotlah! .. nanti betoi2 jengkot baru taw!”

Ah manusia, apa yang mereka tahu? Sememangnya mereka tidak memahami keadaanku ini.
Seringkali juga sahabat-sahabatku bertanya kepadaku apabila mereka melihat aku tidak dapat lagi berjalan dengan baik. 


“Iqa, tak ok lagi ke kaki tu?” hampir setiap hari aku ditanya soalan yang sama.  
Aku jawab, “Tak.. tak tau kenapa..dah sebulan kot…biarlah, kafarah dosa …”

Di dalam solat aku sering juga menangis mengenang ujian yang aku dapat ini.
Dalam tangisan doaku, aku sering berharap agar Allah menyembuhkan kakiku supaya aku dapat beribadah dengan sempurna, melakukan segala tugas harian dengan sempurna.
Dan aku tahu sakit yang aku dapat ni adalah satu kafarah dosa.
Allah beri sakit supaya dosa-dosa yang dahulu terhapus.
Ya.. aku tahu semua itu, namun aku kadang-kadang tertanya juga apakah dosa yang aku telah lakukan sehingga kini kakiku masih tidak sembuh sedia kala lagi?
Kenapa Allah bagi sakit ini padaku?
Astaghfirullahalazim. Setiap kali soalan tersebut berlegar di hatiku pasti aku beristighfar memohon keampunan dari-Nya.
Dan pasti air mataku tidak putus-putus mengalir.
Allah.. Allah… Allah… ampunkan aku,,, aku mahu berbaik sangka pada-Mu.  
Aku hamba yang hina.. aku manusia biasa..tidak terlepas daripada melakukan dosa..
Dan kadang-kadang tiba-tiba di suatu hari aku dihadapkan dengan pemandangan seseorang yang cacat/oku yang langsung tidak dapat berjalan melintas di hadapanku.
Dan aku apabila melihat insan tersebut, terus air mataku mengalir.
Aku masih boleh berjalan lagi. Langsung tidak cacat. Tetapi kenapa aku jadi hamba yang tidak bersyukur?  
Terasa diri ini kerdil.. pemandangan tersebut betul2 menginsafkan aku.
Aku pasti segala yang berlaku ini pasti ada hikmahnya.

Sehingga kini, aku sentiasa berdoa agar Allah menyembuhkan kakiku ini.
Pintaku hanya satu agar kakiku sembuh dan aku dapat beribadat kepada-Nya dengan sempurna dan dapat membuat segala tugasa harian dengan sempurna.
Dan aku pinta agar diberi kekuatan, ketabahan dan kesabarkan dalam menempuhi kehidupan ini.
Allahuakbar. 

***Mohon pada sahabat-sahabat pada yang membaca post ini agar mendoakan supaya kesihatan kakiku sembuh. Jazakillah. 

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

No comments:

Post a Comment

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa