Tuesday, June 17, 2014

Hello Kittism???

 
 
Hai kawan2 blogger!
Rindunya kat korg.
Rindu betul nak berblogging.
Taw x skrg iqa tgh cuti sem.
3 bulan!
So in sha allah nak update entry byk2.

Dan kali ni iqa nak update entry mengenai Hello Kittism .
Hello Kittism? What is that? Menatang ape tuh?
Dah mcm ideology dah kan.. “sm” is like “materialism”, “secularism”, “communism”, “racism”.. blalalalala….
Actually, istilah ni diguna pakai bagi yang obsess sgt dgn Hello Kitty.
Iqa lah antara orgnye.  Hakhak.
Iqa tak tahu sejak bila iqa fanatic sgt dgn Hello Kitty.
Yg iqa tau bila iqa jumpa barang Hello Kitty confirm iqa akan teruja.
Snggup habis berpuluh2 ringgit beli barang2 jenama Hello Kitty.
Setakat ni iqa dah ada stationery, jam, frame gambar, kalkulator, patung, bantal, mangkuk, tabung, lampu meja, lapik kaki, beg, keychain, power bank,  dll.  

Sungguh. Iqa tak tahu kenapa iqa minat sgt dengan Hello Kitty.
Tpi bile je iqa tgok barang2 Hello Kitty iqa rasa hilang serabut kat otak + muka iqa pasti ceria/ excited bila dapat barang Hello Kitty.

Kalau korang nak tau sebenarnya watak Hello Kitty ni berasal dari kucing yang dihasilkan oleh sebuah syarikat di Jepun.
Dan iqa memang minat sgt kucing. Entry sblum ni iqa ada post pasal kucing.
Maybe itu antara sebab iqa minat Hello Kitty.


Pernah kawan iqa tegur. 

“Kenapa kaw membazir duit beli benda2 hello kitty nieh?”

“Cuba kaw kira duit kaw hari ni berapa je dah abis beli benda2 ni?”

Kene nganjing dengan kawan. Haih. Sabo jela.

Dalam hati iqa jawab:  

“Ey. Tolong skit ye. aku beli brg sume ni guna duit sendiri. Tak guna duit mak bapak  aku. Dan aku taw duit aku abis ke mana….”

Tak paham betei org cenggini.
Ni minat iqa. Hobi iqa kumpul barang2 Hello Kity. Jangan halang.
Hobi ni buat iqa rasa happy.

Dan iqa suka ayat quran ni. Surah Ali Imran ayat ke- 14.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

Hello Kitty tu harta benda lah kan…
As quranic ayah above shows that, actually Allah tak larang kita suka akan sesuatu.
Sebab apa?
Perasaan suka itu adalah fitrah.
Dalam ayat ini menerangkan, perasaan suka adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman maupun manusia durjana.
Cuma jgn berlebih-lebihan. Dan ingat semua tu takkan kekal.
Obsess  Hello Kitty sampai lupa buat assignment tu dah kira tak betoi.
Beli barang hello kitty sampai tinggal solat.. tu dah salah.  
Abiskan duit dengan Hello Kitty sampai barang2 keperluan tak mampu beli… tu salah.
Sebab tu, bagi iqa tak salah kita minat apa2 je dalam hidup ni.
Yang penting jgn berlebih-lebihan.
Amalkan konsep wasatiyyah /bersederhana dalam hidup.
Kan… ehee…  tegur iqa klu salah. 
koleksi barang2 Hello Kitty yang iqa letak kat meja study
notes2 lecture yang iqa letak cover Hello Kitty
 wallpaper desktop + icon Hello Kitty
iqa penah buat presentation dlm kelas tema Hello Kitty. ahaha.


 

sticker nama iqa Hello Kitty

hadiah2 kawan iqa penah bagi sempena birthday iqa. tq fatin, adila, kak fifi.
mcm tgh bawak anak kan???
excited sgt masuk kedai Hello Kitty. ahakss
yeahhh!!!
thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

No comments:

Post a Comment

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa