Saturday, June 21, 2014

Bila Ajal Menjemput... Sudahkah Kita Bersiap Sedia?

 
 
Hai kawan-kawan.
Pagi tadi iqa scroll facebook.
Terkejut bukan kepalang bila ternampak status dari seorang sahabat iqa ni. 

 
Innalillahiwainnailairojiun.
Pilu.
Nak nangis bila dapat tahu berita ini.
Iqa kenal brother ni. Classmate iqa, kelas BI  masa di pusat asasi uia pj dahulu.
Ya Allah. Memang tak sangka.
Begitu cepat Allah ambil nyawa dy.
Allah lebih sayangkan dia.
Dia meninggal kerana kemalangan motosikal.
Motosikalnya berlanggar dengan kenderaan lain.
Nak tahu berita lebih lanjut boleh baca sini.
Bila dapat berita ni iqa terasa mendapat tamparan yang kuat sangat dari Allah.
Betul2 menginsafkan. Sebak. Nak nangis. Sume ada.
Peringatan dari Allah.
Mati tidak mengenal usia.
Umur arwah, Faiz Hassan baru 21 tahun. Sebaya dengan iqa.
Tapi Allah dah ambil nyawa dia.
Bagaimana dengan kita nanti?
Agak-agaknya kita mati nanti dalam keadaan mcm mana?
Bila ajal menjemput kita, sudahkah kita bersedia?
Kalau tanya kat diri bersedia atau tidak, konfem kita akan jawab “Belum lagilah”.
Tapi, Allah tak tunggu kita bersedia atau tidak.
Allah berkuasa ambil nyawa kita bila2 sahaja Dia mahu.
Tak tunggu sama ada amalan kita dah bertimbun atau tidak.

Dalam Al-Quran juga Allah berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (al-jumuah:8) 

Apabila mengenang akan hal tersebut, iqa rasa sedih sgt.
Mati muda! Argh. Amalan aku tak banyak lagi.
Allahuakbar. Ampunkan dosa hamba-Mu ini.
Jom kawan2. Kita bersiap sedia dengan kematian .
Mati itu pasti.
Perbykkan amalan kita.
 Tambah2 lagi kita sudahpun menghampiri bulan Ramadhan tahun ini.
Mana tahu, Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan terakhir buat kita.
Takziah buat ahli keluarga arwah Faiz.
Walaupun iqa tak kenal dy sgt, tetapi iqa terasa juga kehilangannya.

status terakhir dr arwah

 photo Congratulationssecond_zpsc16953b2.png

No comments:

Post a Comment

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa