Jari jemari sibuk menaip dengan laju di papan kekunci komputer
riba.
Sibuk dengan kerja menambun, aku tak sedar jam
sudah menunjukkan pukul 4.00 petang.
Tiba-tiba aku berasa mengantuk.
Lantas aku dibuai mimpi indah di hadapan komputer
riba tanpa menutupnya terlebih dahulu.
***************
Jam 5.30 petang aku terbangun.
Allahuakbar.
“Dah pukul 5.30 ptg! Tak solat asar lagi ni”
mengucapku di dalam hati.
Selesai menunaikan kewajipanNya, aku terus
menapak ke ruang tamu.
Melintasi bilik ibu dan ayahku, perasaan pelik
menyelubungi hatiku.
Kulihat kamar mereka kelihatan terbuka sedikit.
Perkakas-perkakas di bilik mereka juga kelihatan
tidak terurus.
“Eh! Kenapa bilik mak ayah berselerak ni? Takkan
diorang tak kemas bilik tadi masa keluar?” soalan tersebut hanya bergema di
ruang hatiku.
“Argh. Lantaklah. Malas nak pikir. Memang mak dan
ayah lupa kemas bilik kot…”
Hari ini, ibu dan ayahku tidak ada di rumah.
Mereka menghantar adikku ke Mahkamah Majisterit,
Ipoh.
Adikku sudah memulakan latihan praktikal di
mahkamah tersebut.
Jadi, tinggal aku dan bersama atokku sahaja di
rumah ini.
********************
Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.
Ibu, ayah, dan adikku selamat tiba di rumah.
Aku sedang berkira-kira untuk tidur (tidur awal),
tiba-tiba ayahku bertanya soalan yang amat mengejutkan aku.
“Kakak..kakak.. sini jap….” Ayahku memanggil.
“Ye ayah. Kenapa?” aku dengan patuh menjawab
panggilan tersebut walaupun pada ketika itu mataku sudah mengantuk.
“Ada orang masuk bilik ayah ye?”
“Ha? Yeke? Ayah.. serius.. kakak tak tahu..
memang akk perasan barang bilik mak ayah terabur. Tapi akk buat dek je..
ingatkan bilik mak ayah memang mcm tu dari tadi.” Mataku jadi segar bugar bila
mendapat tahu berita tersebut.
“Ni, atok kamu cerita ni.. ada orang lelaki
bernama Atan masuk rumah kita tadi.. tapi ayah chec barang takde pape yang
hilang.” Terang ayah kepadaku.
“Ya Allah! Yeke? Kenapa akk tak tahu?”
Lagi pelik, atok tidak menceritakan kejadian
tersebut kepadaku.
Sebetulnya, aku memang lupa kunci pintu rumah
petang tadi.
Aku tidur petang tadi di hadapan komputer ribaku.
Dan secara tidak sengaja aku lupa untuk mengunci
semua pintu rumah.
Ibuku memarahiku kerana tidak berhati-hati menjaga
keselamatan diri.
Ayahku hanya mendiamkan diri.
Aku pula hanya mampu menangis teresak-esak.
Kejadian tersebut betul-betul menginsafkan aku.
Aku langsung tidak sedar ada orang telah memasuki
rumahku.
Namun, apa yang paling buat aku bersyukur,
bilikku sendiri selamat.
Tiada tanda-tanda yang menunjukkan bilikku juga
digeledah.
Aku tidak dapat membayangkan apa yang terjadi
kepadaku sekiranya orang tersebut mengetahui yang aku berada di dalam bilikku
yang mana ketika itu aku sedang tidur.
Kemungkinan besar dia akan cuba mencabuliku
sekaligus merenggut nyawaku.
Kerana aku fikir, aku adalah perempuan dan tidak
mustahil orang ini cuba meragut kehormatanku.
Astaghfirullahalazim. Bayangan tersebut aku buang
laju-laju.
Mengingatkan tiada apa-apa yang terjadi
terhadapku, lantas aku teringatkan Dia.
Aku yakin Dia yang melindungiku.
Alhamdulillah Ya Allah… Kau menjagaku.
Aku pasti, Kau melindungiku daripada perkara
buruk menimpaku. Terima kasih Ya Allah.
Air mata mengalir laju pabila mengingatkan Dia
yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu.
Segera aku membasahkan diriku dengan wudhu.
Aku mahu mengadap-Nya.
Memanjatkan rasa syukur terhadap-Nya kerana aku
berada di bawah jagaan-Nya ketika aku tidur siang tadi.
Dan selesai solat, aku menangis tidak henti-henti
di atas tikar sejadah.
Tidak henti2 bibirku mengucapkan “Alhamdulillah..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Kau lindungiku.”
Sebetulnya aku menangis teruk bila mana aku
mengetahui berita tersebut.
Ada dua sebab aku menangis.
Yang pertama aku menangis kerana kelalaianku yang
tidak menjaga keselamatan rumah.
Dan yang kedua aku menangis kerana aku bersyukur
Allah menyelamatkan diriku daripada kejadian buruk menimpa terhadapku.
Terima Kasih Ya Allah!
No comments:
Post a Comment
Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak