الأربعاء، 2 يوليو 2014

Surat terakhir buat Atok


Aku tengah tidur
Tiba-tiba terasa ayah kejutkan aku, “Kakak..bangun.. atok dah meninggal…”
Bila aku dengar perkataan “meninggal” dari mulut ayah terus aku bangun tegak.
Aku melulu ke bilik atok
Allahuakbar
Serius rse terkejut
Kurasa tangan atok. Sejuk.
Air mataku mengalir laju.
Atok pegi tanpa aku di sisi
aku tak sempat nak ajar kalimah “lailahaillallah” kat atok
Masa tu mata atok dah pejam
Dah tak sedar apa
atok pegi time bulan ramadhan
aku doa moga Allah permudahkan urusan dy di alam kubur sana
aku lihat dengan mata kepala sendiri pengurusan jenazah atok
orang ramai tengah mandikan atok
kemudian, mereka memakaikan kain kafan untuk atok
sekali lagi aku menangis
tiba-tiba aku teringat
lepas ni dah takde atok bagi duit kat aku
lepas ni dah takde aku dapat salam atok
lepas ni dah takde atok makan masakan aku
dulu masa kecik aku teringat atok selalu bawak aku jalan-jalan naik basikal tua dia
atok selalu bawak aku pegi pasar malam beli makanan macam2
kalau raya, atok selalu bawak aku pegi rumah orang, dapat duit raya banyak
aku pon selalu pegi rumah atok
main masak2 guna pasir
main patung Barbie
main jual2
argh.. segala-galanya aku buat kat rumah atok masa kecik dulu
sekarang semuanya tinggal kenangan
selamat tinggal atok
moga atok bersemadi di sana dengan tenang
“Atok.. terima kasih atas segala-galanya. Maafkan iqa atok. Andai iqa ada buat salah kat atok…”
Alfatihah.

 photo Congratulationssecond_zpsc16953b2.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa