Friday, July 11, 2014

Kalimah "Masha Allah" yang sering disalahguna pakai

Ibrahim : What exactly you heard?
Iqa          : about the killing of muslim. Is it true?
Ibrahim  : I know you are peace people. May Allah bless you. Yes unfortunately, the government forces killed many of Syrian.
Iqa           : Masha Allah…
Ibrahim   : Hey. Don’t say Masha Allah. If something bad say La haula wala quwwata illa billah. If something good say Masha Allah. 

 
Assalamualaikum kawan2. Apa khabar?
Hari ni iqa nak share entry mengenai satu perkara ni yang patut semua org Islam perlu tahu.
Perbualan di atas betul2 berlaku antara iqa dan kawan iqa, foreigner dari Negara Syria.
Seperti yang kita sedia maklum berlaku pembunuhan orang Islam di Syria baru2 ni di bln Ramadhan ini.
Jadi, iqa cuba contact dy bertanya akan keadaan dy.
Secara tak sengaja iqa sebut perkataan “Masha Allah” bila mendengar perkara buruk tersebut.
And then si foreigner tersebut tegur iqa.
Perkataan “Masha Allah” bukan disebut apabila mendengar perkara buruk, sebaliknya disebut apabila mendengar perkara yang baik.
Dan apabila kita mendengar perkara buruk, kita sepatutnya sebut “La haula wala quwwata illa billah” atau “Innalillahiwainnailaihirojiun”.. atau “Astaghfirullahalazim”
Iqa baru tahu benda ni.
Kebanyakan umat Islam kat Malaysia ni apabila dengar atau lihat perkara buruk mesti mereka akan sebut “Masha Allah”

Cth: “Masha Allah…diorang ni takde keje ke? Nak merempit je taunya….” (salah)

Sepatutnya penggunaan kalimah “Masha Allah” digunapakai bila mendengar /melihat perkara yang baik.

Cth: “Masha Allah…terror betul kaw. Dapat four flat doe!” (betul)

Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do Say” oleh Kathyn Abdullah, kalimah “MasyaaAllah” sesuai digunakan apabila melihat sesuatu yang menarik seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya lagi. (petikan diambil dari facebook)

Jadi, selepas ni kita perlu berhati2 taw.
Sebut kalimah “Masha Allah” pada tempat yang betul.
Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa