Budak A: Makin kurang dong orang
solat tarawih malam ni.
Budak B: Iyya… aku juga perasan
Budak A: kenapa ya?
Budak B: Mungkin sebab raya
Budak A: iyya.. aku juga ingat
raya, tapi aku tidak tinggal tarawih.
****************************
Assalamualaikum.
Ini
antara babak yang iqa tgok dalam cerita Indonesia tv3,
Tajuk : Pintu Surga.
Ahaaha..
ini iqa main ajuk je. Tak pasti slang indon ckp yang sebenar.
Tapi,
apa yang iqa nak highlight kan daripada cerita ini adalah berkenaan Jemaah solat tarawih yang semakin
berkurangan apabila Ramadhan menghampiri penghujungnya.
Perasan
atau tidak, umat Islam di Malaysia ni, apabila tibanya awalnya bulan Ramadhan,
pasti kita semua semangat menunaikan ibadah puasa.
Solat
tarawih di surau atau masjid penuh dengan jemaah. Berderet-deret saf.
Tapi,
pabila Ramadhan menginjak ke
pertengahan/10 malam terakhir, Jemaah yang solat tarawih semakin berkurang.
Contohnya
kat surau tempat iqa sendiri, tinggal satu saf + 2/3 orang je di saf kedua bagi
Jemaah perempuan yang solat.
Mana
yang lain????
Iqa
pasti, waktu2 last ramadhan gini, sume sibuk dengan membuat persiapan raya :
kuih raya, tukar langsir, beli baju raya bagai….
Manusia
sibuk dengan persiapan raya hingga lupa Ramadhan bakal melabuhkan tirainya
tidak lama lagi.
Sepatutnya,
di waktu akhir ramadhan begini, kita sibuk berada di surau/masjid.
Memperbanyakkan
lagi amalan ibadah kita.
Tambahan
lagi, malam lailatul
qadar iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan akan tiba.
Firman
Allah: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan
apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada
1000 bulan. Pada
malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka
untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah
al-Qadr)
1000 bulan menyamai 83 tahun! Fuh… banyak tu.. sekali kita jumpa
malam lailatul qadar dan ketika itu kita tengah sibuk dengan ibadah, ibadah
yang kita buat tu sebenarnya ibarat bersamaan 83 tahun kita buat!
83
tahun beb!
Kita
yakin ke kita akan hidup selama 83 tahun akan datang???
Takkan…
Jadi,
ini masanya kita pulun habis-habisan buat ibadah dengan solat tarawih,
qiamullail, baca quran…
Iqa
tahu, tak salah pun kita buat persiapan raya.
Lantak
korang le nak kemas rumah, buat kuih raya, beli baju baru..
Tapi,
jangan terlalu sibuk buat persiapan raya sampai tinggal ibadah2 yang patut kita
buat yang sememangnya pada waktu2 begini Allah menjanjikan pahala yang besar
buat hamba2-Nya.
Tepuk
dada tanya iman.
Peringatan
ini sekaligus mengingatkan diri sendiri.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment
Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak