Friday, July 25, 2014

Iftar bersama sahabat2 di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung

Assalamualaikum.
Baru2 ini, tanggal 21 Julai 2014 bersamaan 23 Ramadhan 1435 H, iqa ada iftar bersama sahabat2 sekolah menengah batch 46 ex-taayah. (Sekolah Raja Perempuan Taayah).
Iftar diadakan di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung di Ipoh,Perak.


Seramai 14 orang yang hadir ke restoran ini  untuk berbuka puasa bersama-sama. X ramai pun yg datang.
Best sgt jumpa kawan2 lama. Terubat rindu! Ahaha..
Teringat zaman sekolah dulu.
Member2 panggil nama iqa dengan panggilan “Zul” disebabkan watak iqa yg agak ganas. Dulu jek. Skg tak..
And then, baru2 ni jumpa dorg, nama tu masih lekang lagi.
Kawan2 masih panggil iqa “Zul”. Adoi.. lawak betoi.
Dah jumpa ramai2 cenggini konfem banyak gossip yg kitorang bangkitkan. Tu tak sah kan klu takde kan,.ahaha.
Seorang sahabat iqa, Farhana, perangai lama still tak berubah lagi.
Masih lagi dengan perangainya yang gila-gila.
Setiap kali jumpa kawan iqa ni, mesti dy akan tanya “Zul! Bila nak kawen?”
Amboi.. soalan.. soalan membunuh tuh..
Boleh dikatakan soalan yang sama juga ditanyanya kepada kawan2 iqa yang lain. Hahaha. Lawak betol.
Dalam perjumpaan ni, iqa juga jumpa kawan lama, Fatin Afiqah.
Kami dulu agak rapat masa form 2. Hahaha. Tak sangka dapat jumpa dy semula. Makin lawa dah. Hui.
Kata dy kepadaku, “Kau sumber inspirasiku..” Hahaha.. byklah.. yeke?
Iqa pun dah lupa.
Selepas iftar, kami solat di Masjid Negeri, Ipoh.
Fuh. Ramai juga org solat tarawih di sana.
Pape pun pertemuan ini sangat membri makna kepada iqa.
Walaupun tak ramai kawan rapat yg iqa jumpa, namun hakikatnya iftar ini dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara kami.
Ukhuwwah fillah~
Bertemu dan berpisah kerana Allah…
Wallahu'alam. 
 

No comments:

Post a Comment

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa