Tuesday, July 22, 2014

Diary Maisarah : Apa perasaan di'reject'?




Assalamualaikum diariku, Maisarah, 

Of course cerita kali ni berkaitan suka/minat/cinta/sayang  kat seseorang. Perasaan sebegini fitrah. Allah bagi. Macam tu juga kat aku. Tah mcmmana aku ter’suka’ kat seorang brother ni. Satu program dengan aku. Aku pernah ckp dgn dia sekali je.. tu pun sbb dalam program.

And then lpstu, aku tak pernah contact saja2 dengan dia. Nak bertanya khabar, memang tak ah. Aku bukan kaki jenis suka layan laki. Aku bukan perempuan yang suka sembang bende2 lagha dengan laki.  And then, walaupun aku tak contact dia, aku tahu byk perkara dia melalui orang lain.

Ok. Ada sebab kenapa aku suka dia. Nak kata hensem, biasa je kot. Dia lelaki yang bukan panas baran. Penyabar. Berbudi pekerti. Beragama. Ngee,, semua ada. Ciri lelaki idaman. Sapa taknak kan. Aku pun takkan tgok paras rupa seseorang.

Aku  tak rasa benda ni saja2 suka. Tak tahula.. perasaan ni sgt kuat. Serius. Sebenarnya, secara tak langsung dia telah motivate aku dlm bnyk perkara : study/ life matter. Tanpa sedar, dia banyak mempengaruhi aku untuk jadi wanita yang lebih baik.

Aku selalu berdoa. “Ya Allah..betulke dia pilihan aku?” selalu juga aku buat istikharah. Seorang sahabat pernah menasihati aku supaya aku beritahu perasaan aku kat dia. Kerana mungkin lelaki tersebut sudah berpunya. Atau untuk kemaslahatan supaya aku tidak menyesal suatu hari nanti. Bagitahu aku minat kat dia??? Ui.. malu gila kot. Ah. Betapa susahnya aku nak buat pilihan untuk beritahu perasaan aku kat dia. Akhirnya, aku buat istikharah, dapat petunjuk.

Dan aku memilih untuk memberitahu perasaanku kepadanya. Guna orang tengah. Proses untuk “confess” mengambil masa yang agak lama. Dan akhirnya aku sudah mengetahui jawapannya. Berkemungkinan besar dia telah reject/tolak aku.aku tak tau. Yang pasti kata orang ketiga itu, lelaki tersebut hanya senyap je.

Nasihat orang tengah:
“sory, tak byk membantu sgt. Eloklah banyakkan berdoa. Incase terjumpa dia nnti, buat biasa je. Nampak la matang sikit. Klu bukan dia, akan dapat orang yang hebat dari dia. Kadang, kita ni rasa rasa dialah terbaik utk kita, tapi sapa tahu mungkin dia ada sikap or something yang kita tak suka. Allah Maha Tahu..”

Aku rasa nak nangis. Sedihnya.. dalam hatinya Allah saje yang tau. Ada btulnya juga nasihat orang ketiga tu. Yang penting aku perlu terus berdoa. Supaya dipertemukan jodoh dengan orang yang lebih baik. Mungkin lebih baik dari dia.

Maisarah,

Terima kasih kerana sudi mendengar coretan hatiku ni. Pedih. Terasa perit aku terima semua ini. Walaubagaimanapun, aku akan terus berdoa. Diberi kekuatan untuk menerima dugaan ini. Dan aku yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


No comments:

Post a Comment

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa