الأحد، 27 يوليو 2014

Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama

Assalamualaikum. Cerita tentang pengalaman puasa?  Ahaha.. banyak tu. Entry taun lepas iqa ada update pengalaman iqa puasa zaman kanak-kanak. Hihi. Sapa nak baca boleh usha sini.

  Buka puasa dengan botol susu

Iqa start puasa umur 6 tahun. Tapi puasa setengah hari jek. Mak suruh iqa puasa setengah hari sampai pukul 1.00 tengah hari. Iqa ingat lagi, balik je dari sekolah tadika, iqa akan pegi ke almari dapur cari botol susu. Masa tu mak iqa dah buatkan susu untuk iqa.  So, iqa buka puasa dengan minum air susu. Ahaha.. lawak gila. Iqa hisap botol air susu tu sampai umur 6 tahun kot.

  Kuih raya

Iqa tak ingat, pertama kali iqa buat kuih raya jenis apa. Apa yang pasti, iqa suka “Biskut Cornflake”. Biasa iqa selalu tolong mak buat kuih ni. Masa kecik dulu, bila iqa tak puasa, lebihan-lebihan adunan biskut raya konfem iqa akan ratah. Hak2. Sedap kot. !

++++++++++++++
               
Iqa join segmen ni.

Betul2 menarik. Best cerita pengalaman puasa pertama.

sape berminat bole klik banner ni. 






 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa