Assalamualaikum guys. Hai.
Travelog Oman IIUM,
tidak akan habis kisahnya sehinggalah kami, pelajar Malaysia menghabiskan
kembara ilmu kami pada hujung bulan Januari ini. In Sha Allah. Memandangkan cuti Hari Raya Aidiladha di Negara Oman selama
10 hari, jadi kami mengambil peluang untuk melawat ke tempat2 menarik di
sekitar Oman yang sudah menjanjikan percutian yang lebih gempak dan menarik
kali ini. What the ayat? Lol. Alright. Wilayah Asy-Syarqia telah
menjadi pilihan sebagai destinasi pengembaraan kami pada kali ini.
Wadi Bani Khalid
Menaiki bas university, perjalanan mengambil masa dalam
2 jam. Boleh tahan lama perjalanan sampai iqa tersengguk-sengguk ngntuk dalam
bas. Destinasi pertama kami, Wadi
Bani Khalid yang terletak di wilayah Asy-Syarqia.
On the way ke Wadi Bani Khalid, mata iqa melilau
melihat pemandangan alam. Masya Allah. Serius. Terpukau. Di sini dipenuhi
dengan bukit. Kebanyakan
rumah2 terletak di pinggiran bukit. Penuh dengan batu2 lagi. Kambing2 melambak
di sini. Ahaa.. sekali iqa ternampak keldai. Eh betul ke keldai?
Ni kawan iqa yg ckp.
bukit berbatu-batu |
Berpijaknya kaki di Wadi Bani Khalid, sekali lagi iqa
kena pukau!! Terbentang di depan mata iqa, air
berwarna hijau yang cantik sungguh. Subhanallah. Itulah dia wadi. First time tgok wadi. Gila
cantik nak mampos. ayat ni menunjukkan cantik sangat. Selama
ni tgok kat gambar je. Cantik. Tengok live, lagi cantik. Subhanallah. Kawasan
wadi ni penuh dengan pelancong kot. Macam2 negara ada. Tapi, yang Malaysia,
kami je kot. Orang lelaki siap mandi manda di wadi ni. Kami yang perempuan
hanya mampu celup kaki dalam air je. Tahan air liur. Tengok lelaki siap terjun
dan berenang di wadi ni. Ah. Jealous. Orang perempuan tak disediakan tempat
khas untuk mandi. Takde sorang pun orang perempuan arab mandi, kecuali bebudak.
Em, kalau kitorang pelajar perempuan mandi, memang jadi bahan perhatian lah.
Baik tak payah. So, Alhamdulillah dpt snap
gambar bebanyak.
lelaki bolehlah mandi manda |
Laluan air dikenali falaj (tali air). negara Oman sememangnya terkenal dgn falaj |
keindahan Wadi Bani Khalid |
Bermalam di As-Skharah (padang pasir)
Puas menjamu mata di wadi, kami decide nak bermalam di As-Skharah yang terletak di wilayah As-Syarqia atau nama lain padang pasir. Serius. Ni
pertama kali kot dalam hidup iqa merasa duduk di padang pasir. Ada kem kat sni. Kat sini, baru iqa jumpa unta. Wooohh.. gila tak seronok..
Allahuakbar, hanya Allah je yang tahu betapa seronoknya perasaan ini bila dapat
melihat padang pasir. Baru iqa lihat pasir yang
berwarna jingga, kejerlusan pdg pasir,binatang yang hidup di sini iaitu kambing
dan unta. Serius ah. Selama ni tengok gambar di tv/ internet je. Kali ni
betul2 dapat merasa bentuk muka bumi pdg pasir life bila hidup merantau ke
Negara orang.
kem yg terletak di tgh2 padang pasir |
Petang itu, kami diarah takde r diarah. Ikutlah
sape yang mampu untuk mendaki puncak gunung
padang pasir sambil melihat matahari terbenam. Gila ah. Excited kot iqa daki bukit tu. First
time! Tapi bapak ah. Penat woo. Baru tau, ni ke perasaan org daki puncak gunung
Everest?? Walaupun penat, perasaan membuak utk melihat sunset tetap ada. Dan
Alhamdulillah, disebabkan terlampau semangat, iqa pelajar perempuan Malaysia
pertama berjaya sampai dulu ke puncak tersebut. Ahaha. Takyah nak riak sangat k.! Bila matahari
menghilangkan dirinya, bulan pula yang muncul.Masya Allah. Taajub! Ni
lah pengalaman iqa yang pertama kali tengok bulan mula keluar dr tempatnya.
Serius. Taajub dengan ciptaan-Nya.
Bulan memunculkan dirinya |
sunset! |
beginilah keadaan manusia2 yang semangat mendaki bukit padang pasir |
ahaha. ce teka. mana satu iqa? |
Malam pun menjelma. Ada
bbq. Makan ayam + sotong bakar. Siap ada Omanis
yang nyanyi joget lagu arab. Apatah diorang nyanyi. Takpaham. Sebab
diorang guna Arab A’mi, iqa faham bahasa Arab fusha je. Sesudah dinner, kami
pelajar perempuan berkumpul di satu tempat. Duduk
ramai2 atas pasir. Ahaha. Bestnya. Melihat keindahan malam.Main game True and Dare. Ahaha. Best gila. Ramai
yang confess macam2.
dinner. :) |
Esoknya, lepas sarapan, kami pun memulakan aktiviti lasak. Wooh. Naik
unta. First time naik unta. Best nak mmpus! Ya Allah nikmatnnya.. dah
lama sebenarnya mengidam nak naik unta. Memula takut jugak. Tapi Alhamdulillah,
orait je. Unta2 ni bebaik belaka. Iqa siap
pegang dan usap kepala unta2 ni. Oh.. dalam hati ckp mcm ni rupanya badan unta.
Perasaan sayang pada haiwan ni membuak walaupun baru kenal unta2 ni.
Teringat zaman Rasulullah dulu. Unta binatang tunggangan nabi. Time unta ni bawak iqa, dalam
hati terfikir mcm ni rupanya Nabi tunggang unta. Begitu tabahnya unta2 ni bawak
manusia. Sesekali fikiran melayang kat Dia, begitu hebatnya Dia sampaikan kat
padang pasir yang panas kering kontang ni, Dia boleh ciptakan haiwan seperti
unta yang boleh hidup bertahan lama di
sini. Masya Allah.
menunggang unta. :) |
sukanya dapat usap kepala dia. |
15 minit, unta merelakan dirinya membawa iqa, then iqa
pegi kat kawasan motor. Pergh, ni yang best
nih. Kat rumah, iqa memang biasa merempit naik motor. Ni kat padang pasir ni,
nak jugak merempit dengan motor. Uhuukk.Ahaha. Excited kot. Laju gila kot.
Merempit dgn motor. Serius. Best gila kot. Bawak laju2 baru feel. Hilang
stress!! Senang je, motor ni tak guna gear langsung. Tekan minyak jek. Ahaha.
Sekali merempit dengan member, tetibe kawan iqa
terjatuh. Depan mata kot. Iqa pun cuba nak selamatkan mereka. Turun dari motor.
Tak sedar motor dah bergerak sendiri.
Ahahaha.. kawan iqa yang lain gelak sakan kot. Siap orang2 Arab pun gelakkan
iqa. Haih. Malu! Sampai sekarang iqa kena bahan pasal benda ni. Haih. Tak tahu
nak matikan enjin. Tu biar je. Tak tahu plak motor ni boleh bergerak sendiri. 30
minit merempit. Iqa lalu kawasan bukit. Terlebih
poyo. Bajet dah pro nak lalu kawasan tu. Amek kaw. Iqa terjatuh. Wooohh.. sakit
gila. Ahaha.padan muka. Alhamdulillah, ada member lain yang bantu iqa. Adeh.
geng2 motor |
10 riyal
Oman = RM80 duit Malaysia terbang melayang dengan
menunggang unta dan merempit motor. Ahaha. Banyak gila habis kan? Tapi iqa
peduli apa. Kat Malaysia tak dapat kot peluang nak buat aktiviti ni. Iqa bab2
adventure suka sgt. Duit habis, iqa tak berapa kisah.
budak2 Malaysia semangat bergambar |
Habisnya, aktiviti kami di As-Skharah ini, kami bergerak
pulang. Tiba2 kami mendapat undangan untuk singgah
lunch ke rumah Maryam, Omani yang tinggal dengan kami, pelajar perempuan di
asrama. Apa lagi, bagai pucuk dicita, ulam mendatang, kami singgah
menjamu selera di rumah Maryam. Woooh. Alhamdulillah. Banyak betul makanan.
Omanis memang mcm ni. Mereka sgt2 meraikan tetamu.
Tu salah satu budaya Omanis yang iqa puji.
bergambar dengan Maryam dan ahli2 keluarganya |
Sesudah lunch, bas bergerak pulang. Masing2 penat. Iqa
sempat tidur dalam bas. Alhamdulillah, pengembaraan kami kali ni memang sgt
best. Iqa takkan lupa sampai bebila. Allahuakbar, syukur sgt iqa diberi peluang
melihat ciptaan-Nya. Menitis air mata bila melihat kebesaran-Nya. Betapa
kerdilnya rasa diri ini berbanding Dia yang boleh menciptakan segala-galanya.
Teringat satu bait2 lagu:
“Berjalan, bermusafirlah,
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir dan bersyukur
di atas nikmat dan kurnia-Nya
Nilai harganya iman dan taqwa bagi hamba yang
setia.”
–Hikmah
Kembara:Mirwana.
P/s : sory, entry kali ni
panjang. Sebab iqa terlampau excited dgn pengambaraan kali ni.
No comments:
Post a Comment
Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak