Assalamualaikum guys. Hai.
Akhbaruk? (apa khabar) ahaha. arab sangat.
Semalam, jam 5.30 petang, iqa dan sahabat2 bertapak ke Kuliyyah Sultan Qaboos di wilayah Nizwa,Oman.
Kuliyyah ni khas untuk pelajar2 luar negara (selain Oman) yg belajar bahasa
Arab. (kira khas untuk Arabic non-native speaker)
Di kuliyyah ini, diadakan satu pameran mengenai budaya negara mereka sendiri.
Ada mcm2 negara cthnya : Belarus, Czech Republic, Korea, Kazakhstan, Britain,
Oman, Turki, dan USA.
Czech Republic |
Kazakhstan |
Britain |
Turki |
Korea |
USA |
Oman |
Menariknya diorang ni cakap Arab fasih sangat.
Iqa jumpa orang Korea. Memang excited gila.
Memang iqa stick dengan
orang Korea je. Dah tak nampak negara lain . Ok. Aku dah jumpa orang
Korea memang aku suka gila. Sebab aku gila korea.
Berbual dengan mereka
dalam bahasa Arab
ok!!!! Bahasa arab ye!!
tolong paham.!! hahah. Mcm tak
caye pulak
Masalahnya budak2 korea ni
fasih bahasa arab. Cuma adalah juga slang2 diorang tu time ckp. Kire okla kan..
daripada tak reti cakap arab langsung.
salah seorang student Korea yg fasih berbahasa arab |
Salah seorang budak korea (Sulli, nama dia) belajar arab 6 bulan je kat Oman.
Tapi, serious ah fasih kot
dia cakap.
Allahuakbar. Kita ni yang dah
belajar arab beberapa tahun kot, tak tahu fasih ke tak. Hee.
Berbicara dengan Sulli,
memang byk berkisar tentang korea.
Iqa cakap iqa suka tengok
drama korea.
Sekali cakap korea, memang
diorang gelak. Annyeseong, cinca??? Tu je perkataan yg terkeluar dr mulut iqa
masa tu. Excited sgt. Terlupa perkataan lain.
merasa mkn2 Omanis |
ni ada game apa? tgh2 tu org Korea. Muka dya macam actor Seo In Guk! ahaa |
Khushuknya! apa tah diorang bincang |
Pengalaman dikacau budak2
lelaki, Omani.
Selesai travel di setiap
booth pameran tersebut, Iqa dan sahabat iqa, (Najihah) nak solat Maghrib.
Kelam sangat. Waktu
Maghrib dah tinggal sipi2 je lagi nak abis.
Disebabkan tiada tempat
solat, kami decide solat di belakang bangunan.
Kebetulan di situ
terbentang luas tikar, orang pun tak ramai lalu lalang.
Tak pasti kiblat mana
satu, so, cuba tanya budak lelaki,Omani (dalam
lingkungan belasan tahun) mana satu arah kiblat yang sebenar.
Tak sangka pulak diorang
ni boleh tahan jugak perangai.
Serious, iqa ingat budak2
laki sini sume jaga ikhtikat, tak ckp dengan pompuan, ghopenye sangkaan iqa tak
betoi pun.
Ini antara perbualan iqa dan najihah dengan budak2 laki,
Omani ni:
ناجحة : "نريد
صلاة المغرب. أين القبلة؟؟"
Najihah:
“Kami nak solat Maghrib. Mana satu arah kiblat ye?”
الشباب : "هنا.
أيوة."
Budak2
laki : “sini2,,” (sambil tangan tunjuk arah lurus straight.)
ناجحة : "حقا؟؟ بالتأكيد؟؟؟"
Najihah
: “Serious?? Betul???”
Iqa dalam hati, wui, jiha jgnla tnye lagi, kang
melalut dorang. Maghrib dah nak habis.tp iqa phm kenapa najihah tanye camtu.
Sebab nampak diorang main2 jawab.
الشباب : "نعم!
لأن هناك المسجد."
Budak2
laki: Ye! tu ada masjid. (sambil tangan menunjuk masjid yang tersergam indah
dari jauh.
Aku terpikir, apa kaitan masjid dengan kiblat?
ngeee
ناجحة : "الحمدلله."
Najihah:
“Alhamdulillah”.
Iqa gelak dengar jawapan najihah. Lawak sangat.ahaha
الشباب: "متى تدخلين الإسلام؟؟"
Budak2
laki: “Kamu berdua sejak bila Islam?”
Iqa dalam hati cakap, gila apa punya soalan.
Adoi. Ahah, mende doe.
زليخة : "منذ
صغير".
Iqa
: “sejak kecil”.
Ahaha..senang
jawab.
الشباب : "لأنكما
تعجبني بسبب تصلي في أي مكان. أيوة! صلي! سننظر!"
Budak2
laki : “sebab saya suka kamu berdua. Tetap solat di mana mana. Solatlah! Kami akan
tengok.”
Weh!
Gila! Takkan diorang nak tengok iqa dengan jiha nak solat. Iqa pegang tangan
jiha. “Jiha mcm mne ni? Mampuih pun diorang tgok kita solat??” Jiha cool je.
Takpe solat je. Abaikan.
زليخة : "يا الله.... لا!! لا!! لا تنظر."
Iqa
: “Ya Allah. Jgn! Jgn! Jgn tengok”.(sambil bagi isyarat tangan suruh pergi dari
sini.
Dalam
hati cakap, Ya Allah, bilalah diorang ni nak berambus? Maghrib dah nak habis
ni.
الشباب : ".................."
Budak2
laki: “…………………”
Diorang
ckp apa ntah! tak pham. Bising plak.
زليخة : "اسكت !"
Iqa:
“Shussss.. diam!”
Jiha
dah start solat. Iqa still lagi tak boleh. Sbb diorang ada kat situ.
الشباب : "أنت تصلين! أنت ما اسمك؟ هو تريد أن
تعرفني."
Budak2
laki: “Kamu solat sekarang! apa nama kamu? Dia nak kenal.” (sambil gelak2 tgn
salah sorang budak tu point kat iqa) dah start dah…
Gila. Ni yg iqa tak suka. Tanya nama iqa. Iqa
diam. Memang tak ah nak bgtau nama. Last2, terpksa jugak solat wlaupun diorang
ada kat tepi tu.
Tapi, Alhamdulillah sekejap je. Terus diorang
blah.
Selesai menunaikan solat, iqa dan jiha menuju
ke tengah2 bangunan kuliyyah tersebut.
Iqa duduk sebelah
makcik, Omani. Serius, duk sebelah makcik teringat kat mak iqa. Huk.
Sedeh.
Cuba berbual dengan dia, adeh. Dia cakap arab
a’mi (bahasa pasar). Tak faham iqa.
Iqa belajar arab fusha (bahasa baku)
Iqa jawab “la/naam”
je. Ahaha. Dah tak tahu nak ckp apa. Cuma sesekali dgr “ziin..syukran…”
hee.. tu je iqa paham.
peace! smpat snap gambar dengan makcik ni |
Ada macam2
persembahan daripada Omanis dan pelajar2 yang pelbagai bangsa.
Persembahan dari omanis paling lama.
pebenda ntah. Diorang (orang lelaki) menari sambil pegang pedang dengan senapang nyanyi
lagu apa tak tahu.
tak pham sebab bahasa a’mi (bahasa pasar)
mereka guna.
Bosan jugak lelama. Ahaha.
persembahan dari pelajar2 pelbagai negara |
majlis penyampaian hadiah |
Akhirnya selesai penyampaian hadiah untuk
pelajar2 pelbagai bangsa tu, kami dijamu dengan makan malam.
Wah. Makan malam. Bab makan, iqa memang no satu. Hahaha.
Kami makan dalam talam. Seperti biasa pelbagai
juadah disediakan seperti buah-buahan,
jus, manisan dan kopi.
Omanis memang mewah dengan makanan. Tapi bab
membazir takyah ckp.
Sedih iqa tgok nasi banyak berbuang. Serious
kot. Tak paham iqa kenapa diorang suka membazir.
Tu salah satu budaya Omanis yang iqa kurang
gemar.
Selesai makan malam, kami bergerak pulang ke
university.
Alhamdulillah, syukur sangat diberi peluang oleh-Nya
sebab dapat jumpa orang2 yang telah memberi inspirasi kepada iqa dalam
pertuturan Arab.
Serious kot. They are inspired me a lot.
Belajar dalam 2 bulan je/ 6 bulan je .. tapi
dah boleh bertutur bahasa Arab.
Pulak tu, bukan sume dalam kalangan diorang
orang Islam.
Mostly orang bukan islam. Ngee.. orang bukan
islam belajar bahasa arab. Bahasa arab bahasa al-quran, bahasa syurga.
Kita? Org islam? Belajar dan mendalami tak
bahasa quran ni? Allahuakbar. Tepuk dada, tanya iman.
And lagi satu, iqa dapat jumpa orang Korea. Tu
semestinya kenangan yg iqa takkan lupa..
Iqa tanya diorang kenapa belajar arab.
Jawapan : Nak jadi translator. Even xde bahasa
arab di Korea, boleh travel ke mana2 jadi translator.
Weee.. gila ahh.
No comments:
Post a Comment
Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak