(Luahan hati ini ditulis
oleh penulis sendiri, seorang hamba Allah yang hina dan berharap belas
dari-Nya)
Jari-jemariku mendail nombor telefon Malaysia.
Setiap hari Jumaat, inilah rutinku. Pasti akan kuhubungi
ibu dan ayahku.
Walaupun aku merantau jauh ke negeri orang, ibu dan
ayahku adalah insan yang tidak pernah aku lupa.
Bertanya akan khabar mereka. Sesekali mendengar suara
mereka, terubat rasa rindu.
Seketika, panggilan dari sana masuk dan suara ibuku
lunak kedengaran di telefon bimbit.
“Assalamualaikum anak ibu.. sihat?”
Aku tersenyum sendirian. Ah ibu, mestilah anak ibu ni
sihat.
Pasti ibu dahulu yang akan bertanya akan kesihatanku
sebelum sempat aku bertanya.
Perbualan diteruskan.
Tiba-tiba ibu bercerita mengenai surat yang baru tiba di
rumah.
Kata ibu, surat tersebut dari Yayasan Perak yang
mengatakan sumbangan atau dana untuk aku ke luar Negara bagi pertukaran pelajar
diluluskan.
Dikatakan aku mendapat bantuan kewangan sebanyak
RM1000.00 sebagai inisiatif untuk ke sana.
credit: google |
Aku terkesima.
Terharu dan sebak di dada mencengkam diriku.
Dan tidak semena-mena air mataku mengalir.
Baru kelmarin aku menangis tersedu-sedan meluahkan
segala-gala isi hatiku agar Dia dapat menolongku dan menenangkan aku saat aku
dalam kedukaan.
Hakikatnya, aku ketika ini dalam kesempitan kewangan.
Perbelanjaan di Negara orang ini tersangatlah tinggi.
Sememangnya peruntukan untuk aku belajar di luar Negara
sudah tersedia namun hanya untuk mencukupi makan pakai sahaja.
Itu tidak termasuk melawat ke tempat2 lain di sekitar
sini yang sudah tentunya memakan kos yang agak tinggi.
Memikirkan hal tersebut, aku menjadi runsing, risau dan
gelisah.
Aku risau peruntukan perbelanjaan aku di sini tidak
mencukupi.
Sudah tentu aku tidak mahu membebankan ibu dan ayahku
dengan meminta bantuan wang ringgit kepada mereka.
Ah cukup. Aku tidak mahu menyusahkan mereka sekali lagi.
Cukuplah. Mereka sudah banyak membantu aku.
Lalu, untuk mengubat hatiku yang resah, kuadukan masalah
ini pada Dia.
Bercerita segala-galanya kepada Dia.
Kerana hanya Dia sahaja yang dapat memahami segala isi hatiku sekaligus dapat menenangkan
aku.
Dan pada hari ini, berita dari ibuku sudah pasti membuatkan
aku menangis sekali lagi.
Aku menangis dua sebab.
Sebab pertama aku menangis kerana Allah memakbulkan
doaku.
Allah itu dekat. Dia bersamaku. Pasti dia tahu masalah
yang aku alami.
Kedua, aku menangis kerana gembira. Akhirnya masalahku
selesai.
Dengan bantuan yang aku dapat tersebut, pasti dapat menampung
kos perbelanjaan aku di sini.
Tamatnya perbualan aku dan ibu ayahku, aku terus
bersujud syukur padaNya.
Ya Allah, segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir
Sekalian Alam.
Ampunkan dosa2 hambaMu ini, dosa kedua orang tuaku, dosa
guru2ku dan pensyarah2ku.
Terima kasih atas nikmat yang Kau beri ini.
Terima Kasih kerana Kau mendengar doaku.
Kau perkenankan doaku.
Kau yang menenangkan hatiku.
Siapalah aku nak dibandingkan dengan Mu.
Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah dan tidak punya
apa-apa.
Aku hanya ada Kamu. Dan kau kasihanilah hambaMu ini.
Aku mahu bergantung harap padaMu.
Dan pada hari ini Kau makbulkan doaku, aku bersyukur Ya
Allah.
Kau jadikan hambaMu orang yang sentiasa bersyukur dengan
nikmatMu.
Jangan biarkan hamba ini lalai dan kufur dengan nikmat
pemberianMu.
Itu doaku. Sekali lagi aku menangis tersedu-sedan di
hadapanNya.
Seketika fikiran aku melayang pada KalamNya yang
berbunyi :
“Dan Kami pasti akan menguji kamu
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah- buahan.
Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar. Iaitu, orang2 yang
apabila ditimpa musibah, mereka berkata, “Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un”.
(sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali.). Mereka itulah
yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang2 yang
mendapat petunjuk.” (al-Baqarah : 155- 157)
Pabila aku membaca ayat ini berkali-kali dan cuba
memahami maksud tersiratnya, hatiku terasa tenang.
Betul2 ayat ini menusuk ke kalbuku.
Barangkali Allah ingin memujukku, lalu diilhamkan padaku
tentang ayat2 ini.
Teringat ayat tersebut, pipiku hangat dengan air mata.
Sungguh, aku tak tahu sejak belakangan ini mudah sahaja
air mataku ini keluar.
Terima kasih Ya Allah, kau permudahkan jalanku.
Terima kasih Ya Allah….
No comments:
Post a Comment
Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak