السبت، 20 يونيو، 2015

Datang awal ke masjid untuk "gossip" ????

Assalamualaikum. Sape sini solat tarawih dekat masjid atau surau?
Angkat kaki! Hahahaha
Iqa tabik org yg solat kat masjid atau surau sebab depa solat Jemaah.
Solat di rumah pun ok jugak cuma lebih baik solat secara berjemaah.
Solat Jemaah pahalanya 27 kali ganda besar drpd solat sendirian. Kan!!
credit:google 

Biasanya waktu solat tarawih para Jemaah mostly dtg awal ke masjid. Lagi awal dari imam.
Bagus. Tak salah pun datang awal.
Tapi, apa tujuan kita datang awal ke masjid??
Ada yang bertujuan sebab nak ‘cop’ tempat untuk dapat tempat duduk.
Ada yang bertujuan nak dapat saf depan.
Ada yang bertujuan nak tadabbur al-quran sebelum solat.
Ada yang bertujuan nak solat sunat dulu.
Apa2 pun tujuannya biarlah baik.
Ni datang awal, dapat tempat duduk, then sempat ‘gossip’ dgn para Jemaah lain dulu sebelum masuk waktu isya’.

credit: google 

Ni yang tak bagusnya. Datang awal dah ok. Yg tak ok pegi gossip, cakap2 kosong antara para Jemaah.
Orang yang suka ber “gossip” ni mengganggu Jemaah lain juga.
Apa salahnya kita bukak quran ke, baca, tadabbur.
Tak pun paling simple niat beriktikaf dan zikir bebanyak.
Lagi bagus daripada cakap benda2 lagha.
Patutnya bulan puasa ni kurang2kan lah bercakap perkara2 yang sia2.
Takut pahala puasa kita berkurang bila banyak cakap benda2 yang kurang elok.
Tambah dosa bila mengumpat atau memfitnah orang. Astaghfirullahalazim. Nau’zubillahiminzalik.
Jadinya, tepuk dada, tanya diri sendiri apa tujuan kita datang awal ke masjid?
Kalau setakat nak bergosssip maka elakkanlah.
Daripada ber “gossip” mari kita top up amalan lain seperti baca quran, berzikir, untuk upgrade pahala kita di sisi Allah Taala.
Bulan puasa ni banyak betul keuntungan Allah beri pada kita, jadi jom kita kaut semua keuntungan tu.
Betul tak??
Tepuk dada tanya iman. J

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa