Tuesday, October 15, 2013

Perkara Sunat dan Haram ketika Hari Raya Aidiladha

 
 
 
Saje iqa nak share entri mengenai perkara Sunat dan perkara Haram yang dilakukan sempena Hari Raya Aidiladha sebagai peringatan buat diri dan kawan2 juga.

Maksud : Semoga beroleh kebaikan sepanjang tahun. Raya pada hari ini mohon maaflah pada saudara-mara dan sahabat kamu sebelum kamu menjamah makanan. :)



Perkara Sunat yg boleh kita lakukan : 

Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat raya

Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya Iedul Fithri, dan Iedul Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).

Memakai pakaian terbaik yang ada.

Imam Ibnul Qoyyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbagusnya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk shalat ied (hari raya) dan solat Jumaat…”

  Menjamah makanan selepas solat hari raya aidiladha.

Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada Iedul Fthri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada iedul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.” (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)

Berjalan Kaki Menuju Tanah Lapang

Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah iaitu engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.” (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat.

Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (berangkat dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.” (HR. Bukhari 986)

Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain

Cth : Taqabballahuminnawaminkum.

Sunat bertakbir bermula selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah.

Perkara Haram dilakukan :

Berpuasa sunat atau ganti pada hari raya 10,11,12,13 Zulhijjah  ataupun dipanggil Hari Tasyrik. Hari-hari tasyriq (أيام التشريق) ialah tiga hari yang mengiringi hari raya haji iaitu hari yang kesebelas, kedua belas dan ketiga belas.

Dalam masa inilah orang-orang yang mengerjakan ibadat haji - berhimpun di "Mina".

Larangan berpuasa pada ketiga-tiga hari yang tersebut ada diterangkan dalam hadith yang berikut:
Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a., katanya: "Aku telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya menyeru semasa (orang ramai sedang berhimpun) di "Mina" bahawa masa yang tersebut ialah khusus (untuk kamu) menikmati makan minum (dengan gembira) dan tidak di tuntut berpuasa padanya, yakni hari-hari tasyriq yang termaklum.

(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad)

Sumber : Ibadat Puasa 
               Takbir Raya Aidiladha


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

Hari Penyembelihan Sedunia

 
 
Whassup guys!
Juz wanna to wish “Selamat Hari Penyembelihan” pada uoll semua.
Mesti korang pelik amende doe wish cara rope tu?? Hak3.
Sebenarnya iqa bosan. Wish cara bentuk sama. “Salam Aidiladha”
Apa kata kali ni iqa tukar versi lain plak. Huk. 

reaksi dari kawan iqa. ahaha

Btw, Alhamdulillah. Kali ni family iqa dapat daging korban.
Korang dapat x??
Dapat tu masak la ye. then pass kat iqa. Tgh lapar ni. ahaa.. tetibe.
Maila datang umah iqa.
Adala sedikit bahulu, kerepet, rendang bagai. Heee..

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

Saturday, October 12, 2013

#Story 2 : Japanese Class

 
 
buku Jepun kitorang belajar.
 
Guys.
Sebelum ni iqa ada update entry mengenai kelas Bahasa Jepun yang iqa ambilkan??
Ahaa.. kali ni iqa nak cerita lebeh lagik.
Kitorang gelar cikgu kitorang Sensei.
Sensei adalah bahasa Jepun bermaksud cikgu.
Sensei kitorang amatlah baik dan sangat2 kelakar.
Sempoi je dia ajar.
Full cakap bahasa Melayu.
Dalam kelas ktorang ada foreigner orang Saudi Arabia.
Lawak betoi. Dia bukan paham pon sensei cakap bahasa Melayu.
Kesian dia. Ahaha.
Sensei cakap kat dia : “ Datang Malaysia ni kamu kena belajar Bahasa Melayu”  
Iqa suka sangat kelas Jepun nieh.
Selalunya iqa akan duduk depan sekali.
Sebab iqa taknak tertinggal word2 baru bahasa Jepun yg sensei cakap.
Dan iqa akan catat semua2 vocab baru dalam nota kecil.
Dan bila ke mana2 je iqa akan bawak nota kecil tu.
Senang nak hafal.

Antara word2 bahasa Jepun iqa belajar:
Ohaiyo Gozaimasu – Selamat Pagi
Konbawwo – Selamat Petang / Malam
Konnichiwa – Selamat Tengah Hari
Domo arigato gozaimasu – Ucapan Terima Kasih
Doitashimashite – Sama-sama
Hajimemasyite – Ucapan selamat bertemu
Oyasuminasai – Ucapan sebelum tidur
Omedetou gozaimasu – Tahniah
Tanjobi Gozaimasu – Happy Birthday
Sumimasen/Gomennasai – Minta Maaf
………………………..

Dan banyak lagik. Tak lalu iqa nak type. Ahaha.
Apa yang pasti word2 yang iqa pelajari ni iqa akan cuba peraktikkan ngan member2.
Seronok sangat belajar bahasa ni!
Ada sekali tu sensei kitorang tayang movie jepun.
Ahaha.. kitorang tengok movie Jepun tanpa translation.
Adeh.. paham sikit2 je..
Baru2 ni iqa baru je abis test.
Doakan iqa dapat result gempak taw. Eheee…


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

Back to Home with A ton of Assignments

 
 
 
Hai kawan-kawan.
Wahhh.. lama betul iqa tak update entry.
Buzy dengan kelas, assignment , …
Alhamdulillah uia bagik cuti seminggu utk student2nye.
Cuti sempena Raya Haji + Semester break.
So, apa lagik iqa balik rumah.

Sebelum iqa berangkat pulang ke rumah kawan iqa datang compartment iqa.
Terkejut dia dengan mata terbeliak.
Iqa tanya dia ,
“Kenapa muka kaw cenggitu?”
Kawan cakap,
“Bawak bagasi bagai ni dah kenapa?? Cuti seminggu je..”
Kah3.. iqa gelak.
“wey,, assignment wey.. banyak gila kene buat. Bawak buku tebal lagik..huu” 



Waa…sedeh… kali ni iqa balik rumah takley duduk senang lenang.
Tak boleh nak rehat2 dan honeymoon kat rumah.
Cuti kali ni iqa perlu menyiapkan assignment yang melambak. Adeh!

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa