الخميس، 19 مايو، 2011

Bilakah DOAKU akan dimakbulkan????

Kita sering bertanya pada diri sendiri “Kenapalah Allah tak makbulkan doaku???”
“Ya Allah, Kau tak sayang aku ke??”
Tapi , cube kita baca entry nie..





Apabila Allah cepat makbulkan doamu,maka dia menyayangimu……
 Firman Allah,maksudnya : “ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku,maka (beritahu mereka) : Sesungguhnya aku sentiasa hampir (kepada mereka) : Aku perkenankan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seraun-Ku  dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta benar.”
(surah al-Baqarah:186)

Apabila Dia lambat makbulkan doamu, Dia ingin mengujimu……
Menurut al-Kahtabi : “Jika Allah tidak menjawab doa seseorang  , Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan , atau menggantinya dengan pahala.”

Menurut hukama : “ Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan ,sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta,atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat.”











Apabila Dia tidak makbulkan doamu,maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu……

Firman Allah maksudnya : “ Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) , Allah jua yang  Maha Mengetahui (semua itu) , sedang kamu tidak mengetahuinya.”     (surah al-Baqarah :216)


Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah……….

Firman Allah , maksudnya : Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap Ku,maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini.
(Hadis Qudsi)







 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa