السبت، 7 مايو 2011

Lipas suka sampul surat!!!!!





Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya.

Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan
bengkak biasa.

Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengak pada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau
terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. Lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul suratyang dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan di dalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat
terdapat beraneka benda
yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”
“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”
“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.
“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat
banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"





 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa