الاثنين، 2 مايو، 2011

InSideN_ 2 MEI :(

Ini adalah kisah benar yang aku tak kan lupa sampai bila-bila.Lewat pukul 2 pagi, ketika aku sedang nyenyak tidur dibuai mimpi indah (actually ne de mimpi..hehe), tiba2 adik aku kejut aku dan menyuruh aku menjawab satu panggilan telefon.

 adik: kakak!2 bangun!! Ni ade polis call akk.
Aku: ha???? Polis??

Aku terus bangun dan segar-bugar daripada tidur. Yela, sebut je nama polis mesti kowang ase takot, BETOL X?? Minda aku terus menghantar isyarat mesej menandakan perkara buruk akan berlaku. Handphone bertukar tangan.

Aku: asalamualaikum
Polis: awak zulaiqa kan?? Maaf ye, saya menganggu tidur awak. Tapi ini ade hal yang mustahak yang perlu saya beritahu segera.
Aku: ye saya! Kenapa ye??
Polis: hari tu awak ade menghadiri temuduga di ipg ye?
Aku: aah..
Polis: di mana ye temuduga awak tu?
Aku: Kampus Islam, Bandar Baru bangi
Polis:hmm..awak disyaki telah melanggar undang2 jalan raya ketika di sana. Jadi, saya mahu butir2 maklumat diri awak yang lengkap sebagai prosedur untuk diproses ke dalam computer.
Aku: ha?? Ape die?

Aku terkejut bukan kepalang. Di minda ku sarat berfikir apakah kesalahan yang aku buat itu. Lagi satu bila masa aku drive kete kat sana pulak?? Memang le aku da ade lessen, tapi aku still x berani lagi nak drive di jalan sibuk terutama jalan KL tu. Perasaan cuak mula menguasai hati ini.

Polis: saya mahu maklumat diri awak secepat yang mungkin. Sila bagi nama penuh awak dan no ic awak.
Aku: kejap ye..
Terus aku bagi hanset aku kat ayah. Kebetulan,ayah aku tak tdo lagi. Lagi pon tak kan le aku nak bagi maklu mat diri aku kat polis tu sebab bukan aku yang drive masa tu. Aku x melakukan apa2 kesalahan pon kat sana walaupon sbelom ni aku penah melanggar lampu isyarat. ( Hahaha, kantoi! Suda). Tapi yang aku langgar taraffic light tu kat kat Kampar r.. aku penah drive sampai ke Kampar je. Mane penah lagi kat KL. Tu gler namanya tu. Bila ayah aku nak bercakap dengan si polis tu, terus talian terputus. Ish.. pelik!!!

Namun, aku menunggu panggilan polis tersebut tu lagi. Aku syak, mesti polis tu call aku lagi. Tepat sangkaan ku, 10 minit kemudian, polis tersebut call aku lagi.

Polis: maaf ye. Tadi talian terputus. Jadi, saya mahu maklumat diri awak sekarang..
Aku: tapi encik, bukan saya yang drive kat sana. Ayah saya yang bawak kete.
Polis: 0oo. Bukan  awak ye.. tak pe.. ape2 pon nanti awak berurusan dengan balai polis nanti. Sekarang saya mau nama penuh dan no ic awak.
Aku: tapi encik…
Polis: sekarang jugak. Nak secepatnye. Nama penuh??
Aku: nurzulaiqa nazri.. (aku terpaksa bagi gak. Di kala itu, air mataku deras mengalir memikirkan perkara buruk berlaku..)
Polis: no ic??
Aku: 930502145850
Polis: 0oo,,, hari nie hari lahir awak ye. “SELAMAT HARI LAHIR”
Aku: …………………………………. (diam tanpa sepatah kata. Sempat pulak polis nie wish befdey aku. Yang pasti time tu aku nanges gler. Da la ri nie befdey aku, bole pulak ak disaman polis)
Polis: woi!!! Ni aku le..
Aku: eh! Ni sape pulak nie..  ( aku terkejut. Eh, bukan polis la)
Polis: aku Hakim la, kawan kaw..HAPPY BIRTHDAY. Aku saje je nak kenakan kaw.. hahaha..

Terus hanset aku off.  Aku campak hanset aku kat tilam.. aku nanges sepuas- puasnye. Ade ke patut die buat aku camni. Bengang bercampur perasaan malu dan tangisan yang menderu2 di pipi ku berlagu seketika.  
Tiba2  hanset aku berbunyi menandakan satu isyarat mesej masuk. Mesej dari Hakim..

“ maaf2.. saje je nak surprisekan kaw…. nak wish kat kaw moga panjang umur dan murah rezki”

Hu2.. first time aku dikenakan pada hari jadi dengan begitu teruk sekali. Ape2 pon aku ase tak bole lupa pengalamn dikenakan oleh rakan ku sendiri.




 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa