الجمعة، 6 مايو، 2011

Perbezaan antara sekolah menengah dan IPT

PAKAIAN
SEK: Makan pakai pelajar diuruskan oleh ibu bapa atau pihak asrama.
IPT: Pelajar perlu menguruskan hidup sendiri.
TIP: Pelajar perlu berdikari menguruskan hidup dan pengajian dengan baik.

PERHATIAN DAN SOKONGAN
SEK: Mendapat sokongan dan perhatian daripada ibu bapa kerana tinggal di rumah.
IPT: Pelajar tiada tempat mengadu dan terpaksa menghadapi masalah mereka sendiri.
TIP:  Jangan simpan semua masalah yang dihadapi. Dapatkan bantuan. Sering hubungi ibu bapa untuk meluahakan perasaan dan masalah. Buat temu janji dengan kaunselor untuk khidmat nasihat dan cari sahabat2 yang berkongsi masalah.

PEMANTAUAN
SEK: Pelajar sentiasa dipantau dan diawasi oleh ibu bapa dan guru2.
IPT: Pelajar berjauhan daripada ibu bapa dan bebas melakukan apa2 sahaja.
TIP: Pelajar perlu amanahkan diri untuk tidak menyalahgunakan kesempatan ini dan melakukan perkara2 yang memusnahkan diri sendiri.

PELAJAR BERMASALAH
SEK: Pelajar bermasalah diberikan perhatian khusus.
IPT: Tidak ada keistimewaan kepada sesiapa, kerana semua yang layak ke IPT sepatutnya tiada masalah.
TIP: Pelajar perlu bijak menguruskan masalah sendiri. Minta bantuan pensyarah dan rakan2.






PRESTASI PEMBELAJARAN
SEK: Jika pelajar menunjukkan kemerosotan dalam pelajaran, guru2 akan segera mengenal pastinya dan memberikan khidmat nasihat.
IPT: Mustahil seorang pensyarah memberikan perhatian khusus untuk menghadapi masalah kemerosotan pelajar secara individu.
TIP: Pelajar yg menghadapi masalah dalam pelajaran perlu berusaha sendiri mendapatkan bantuan.Berjumpalah dengan kaunselor untuk nasihat dan bertemu dengan pensyarah subjek yang lemah untuk tunjuk ajar dan bertanya soalan. Dapatkan bantuan dan bimbingan drp rakan2 sekuliah yg cemerlang.

KAEDAH PEMBELAJARAN
SEK: Didik oleh guru.
IPT: Diberikan lecture oleh pensyarah.
TIP: Pertama kali mendengar lecture memang kekok, tidak tahu bagaimana hendak mengambil nota dan bertanya. Jangan risau dan jangan sekali kali putus asa hingga meninggalkan kuliah. Teruskan menghadiri kuliah ini dan insyallah selepas sebulan anda akan serasi dengan keadaan ini.

KEMESRAAN TENAGA PENGAJAR
SEK: Guru2 sangat friendly dan penyayang,bersedia membantu pelajar pada bila2 masa sahaja.
IPT: Sebahagian pensyarah sukar didekati dan agak sibuk dengan urusan university.
TIP: Setiap pensyarah mempunyai komitmen sendiri dan sering sibuk. Pelajar perlu mendapatkan mereka apabila memerlukan nasihat. Bina hubungan baik dengan mereka seperti sering bertegur dan mengemukakan soalan berkaitan pelajaran.

BIMBINGAN
SEK:  Guru membimbing dan menunjuk ajar pelajar dengan terperinci.
IPT: Pensyarah membimbing pelajar pelajar secara umum.
TIP : Pelajar jangan terbawa-bawa sikap manja dan terlalu berharap bimbingan guru. Pensyarah IPT hanya memberikan panduan seperti tajuk2 buku yg berkaitan dan terpulanglah kpd pelajar untuk mendapatkannya. Tanamkan sikap berdikari dan tidak bergantung pada orang lain.Sentiasa alert dengan penyampaian dan nota2 yang ditekan pensyarah .

BAHASA
SEK:  Guru mengajar dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
IPT: Syarahan disampaikan dalam bahasa asing seperti Inggeris, Arab, Rusia dan lain2. Lebih malang jika pensyarah ini menggunakan bahasa pasar.
TIP: Dilema ini lebih banyak dihadapi oleh pelajar2 yang menuntut di luar Negara. Kegagalan pelajar menguasai bahasa pensyarah telah menjadi factor utama kecundangnya pelajar dalam peperiksaan.Jangan rsau dan kuatkan semangat. Hadiri semua kuliah yg anda tdak faham sehingga anda betul2 faham. Luasakan pergaulan anda dengan rakan2 sekuliah drp bangsa asing untuk meningkatkan penguasaan tersebut.

KAWALAN
SEK: Persekitaran tertutup dan terkawal
IPT: Persekitaran terbuka dengan seluas luasnya dan bebas.
TIP: Pelajar2 sekolah menengah dikawal sepenuhnya oleh guru2 dan pengawal keselamatan. Sedangkan di IPT pelajar lebih bebas dalam tindak tanduk dan pergerakan mereka. Pelajar bijak tidak akan menggunakan kesempatan ini utk melibatkan diri dalam gejala yg merosakkan dan merugikan.

PENDEDAHAN KPD UNSUR NEGATIF
SEK: kurang terdedah
IPT: Pelajar tertedah seluas luasnya dengan pelbagai unsur negative
TIP: Siapkan diri dengan kekuatan rohani. Dekatkan diri dengan usrah dan halaqah agama.

KEJUTAN SUASANA BARU
SEK:Pelajar sudah biasa dengan suasana sekolah dan persekitarannya.
IPT : DIkejutkan dengan persekitaran yg berbeza dan berlainan.
TIP: Berusaha menyesuaikan diri dengan suasana baru ini.

TARAF PENGGUNAAN BAHASA
SEK: Bahasa yg digunakan guru lebih mudah.
IPT: Bahasa yang digunakan pensyarah lebih tinggi dan complicated.
TIP: Sesuai dengan tahap pengajian dan subjek yg dipelajari,penggunaan bahasa juga sedikit berubah. Usah gusar, perubahan ini tidak akan dirasai jika pelajar istiqamah menghadiri kuliah.

SUBJEK
SEK: Lebih mudah
IPT: Lebih rumit , kompleks,lebih banyak dan meyeluruh.
TIP: Teknik lama yang digunakan untuk lulus cemerlang SPM dahulu mungkin tidak lagi sesuai untuk dipraktikkan di sini. Pelajar perlu memajukan atau megubah teknik belajar utk menghadapi subjek yang lebih sukar dan kompleks ini.

PENYEDIAAN NOTA
SEK: Pelajar mengharapkan nota sepenuhnya daripada guru.
IPT: Jangan harap mendapat nota bulat2 daripada pensyarah.
TIP: Faktor yg membezakan pelajar sekolah menengah dan IPT ialah kemampuan untuk berdikari. Keupayaan mengambil dan menghasilkan nota yang baik,lengkap dan padat adalah skil yg perlu dimiliki oleh setiap pelajar.

BAHAN RUJUKAN
SEK: Tidak memerlukan bahan rujukan yang banyak.
IPT: Perlukan bahan rujukan yg bertimbun-timbun untuk satu2 subjek.
TIP: Tidak seperti di sekolah menengah,di IPT anda tidak hanya belajar tetaPi mengkaji.Kerana itu pelajar perlukan rujukan yang banyak utk menghasilkan kajian sempurna.

BAHAN RUJUKAN TAMBAHAN
SEK: Pelajar boleh bergantung sepenuhnya kepada pelajaran di dalam kelas.
IPT: Pelajar jangan hanya bergantung kepada perbincangan di dalam dewan kuliah semata2.
TIP: Kunci kejayaan pelajar di IPT ialah kesungguhan utk mengulangkaji pelajaran,mendapatkan bahan rujukan yang betul , perbincangan dengan rakan2 dan sering bertanya kepada pensyarah.

CATITAN NOTA
SEK: Nota disediakan,murid hanya menyalin
IPT: Pensyarah hanya memberikan syrahan,pandai2 lah peljar mencatatnya.
TIP: Pelajar perlu mengambil nota yg ringkas dan padat. Lihat contoh nota rakan2 yg cemerlang. Gunakan peta minda.





PENULISAN
SEK: Tidak perlu banyak menulis sekadar buat kerja rumah dan mengarang.
IPT: Terpaksa rajin menulis untuk menyiapkan assignment atau tesis.
TIP: Jangan hasilkan tugasan yg diberikan oleh pensyarah seperti menulis karangan untuk SPM. Pelajar perlu mempelajari  teknik2 menulis assignment yg betul dan dapatkan bimbingan daripada pensyarah dan rakan2 senior.

KEPELBAGAIAN BUDAYA
SEK: Terdiri daripada budaya dan bahasa yang sama.
IPT: Mahasiswa mahasiswi berasal dari seluruh Malaysia dan juga luar Negara yang mempunyai sikap,budaya dan bahasa ynag berbeza.
TIP: Luaskan pergaulan anda.Bagaimanapun perlu diingatkan di sini Islam mengehadkan pergaulan antara lelaki dan wanita.

PERSAINGAN
SEK: Bilangan pelajar yg terhad memberikan peluang untuk pelajar menonjolkan diri dalam kokurikulum.
IPT: Persaingan yg hebat antara pelajar yg berlainan latar belakang .
TIP: Pelajar yang cemerlang tidak akan menjadikan saingan ini sebagai asbab untuk meyerah kalah,tetapi menjadikan sebagai ruang untuk melonjakkan kemampuan diri.

SISTEM PEMARKAHAN
SEK: Lebih mudah dan ringkas. Tidak member impak yg besar jika markah sekadar cukup makan.
IPT: Lebih rumit dan tidak boleh lagi sekadar cukup makan kerana setiap markah pepriksaan akan direkodkan dan dibawa sehinnga ke semester akhir.
TIP: Pelajar perlu mempelajari system pemarkahan di IPT tersebut.

PEMILIHAN SUBJEK
SEK: Pelajar terpaksa mengambil subjek2  yg ditetapkan oleh kementerian.
IPT: Pelajar boleh memilih subjek2 yang ditawarkan untuk peperiksaan.
TIP: Apabila berada di IPT, belajar bukar sekadar suka2 atau kerana minat tetapi kerana tanggungjawab. Janagn terlalu emosional terhadap subjek yg tidaK DIGEMARI  hingga menyebabkan kegagalan subjek itu

PENYEDIAAN SOALAN
SEK:  Guru mengajar tetapi Lembaga Peperiksaan menyediakan soalan peperiksaan dan memeriksannya.
IPT: Pensyarah mengajar,membuat soalan,memriksa kertas jawapan dan memberikan markah.
TIP : Ini sebenarnya kelebihan kepada pelajar kerana sudah tentu pensyarah hanya mengemukakan soalan yang telah diajarkan. Asalkan tidak ponteng kuliah dan bijak mengenal pasti nota penting daripada pensyarah anda pasti boleh mendapat markah yg terbaik. Pastikan setiap assignment dihantar pada masanya kerana di situ terdapat kiraan markah. Begitu juga ujian2 yng diadakan sepanjang semester.




 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa