Monday, August 19, 2013

Cerita Hari Raya Contest by Dressuana

 
 
Hai guys.
Tetibe je iqa tertarik satu contest ni kat blog Dressuana nih.
Iqa dah lah tak berminat langsung dengan Give Away or apa2 Contest2 kat blog ni tapi kali ini ntah suara hati mana datang suruh iqa join contest ni.
Satu sebab iqa ni pemalas. Satu lagik sebab iqa ni bukannye kreatif sangat.
Tapi kali ni first time iqa join contest kat blog Dressuana ni. Hak3..
Bila iqa tengok je syarat2 dia senang je. Hee..
Oke..pada blogger2 yg berminat untuk join contest ni sila klik banner di bawah.

Sempat lagik taw.tarikh tutup : 24 Ogos 2013.

Cerita Raya Iqa (tak habih2 lagik cerita rayanye.ahakss)

Entri2 sebelum nih iqa ada cerita raya  jugakk pada kawan2 blogger kan??? Jadi iqa nak gabung balik cerita2 nih apa yang iqa buat sepanjang raya taun ni.
Raya taun ni iqa rasa gembira sangat. Tak tau nape. Mungkin sebab dapat jumpa ramai kawan-kawan lama. Setiap hari berjalan je kejenya. Ziarah orangkan..

Syawal pertama 

Entri sebelom ni iqa ada citer iqa dan family pegi beraya kampung belah ayah. Jadi, ramaila sanak-saudara iqa jumpa. Lepas semayang raya je terus kaki menuju rumah orang dan dengan muka tak malu ketuk pintu rumah orang nak makan kuih raya. Hak3.teruk kan??? Iqa ada sepasang je baju raya. So, first day iqa baju tema warna pink. Sakan gila bergambar depan rumah orang. Macam hape 
je..hakhakhak.

gambar yg sama entri sblom ni.
gambar yang sama entri sblom ni

Syawal kedua 

Iqa dengan kawan pegi open house rumah Aisyah kawan lama iqa. Seronok sangat jumpa dia. Dah lama sangat iqa tak jumpa dia. Ayat pertama keluar dari mulut dia bila dia tengok iqa “ehh..ni zulaiqa ke??” “Ya Allah,, zulaiqa makin tinggi la.. dah lain la Zulaiqa nih” kah3.. tu le dia. Tapi sebenarnya masa tu memang iqa nampak tinggi sebab pakai wedges. Choi. Aisyah tetap seperti dulu. Maintain dan kurus kering.hee
aisyah kat tengah2 tu

Syawal ketiga

Iqa juz pegi beraya umah kawan dan adik iqa. Tak banyak pon rumah kitorang pegi. 
 
beraya di rumah Fatin Nabila
Syawal keempat 

Bila masuk hari raya ramai plak yang nak adakan kenduri kawen. Iqa jugak dapat jemputan ke majlis walimatul urus dari sorang sahabat iqa kenalan dari sekolah menengah kat Kuala Kangsar,Perak. Tapi bukan dia yang kawen. Kakak dia yang kawen. Majlis kakak dia serba ringkas dan sederhana sahaja. Pertama kali iqa datang ke majlis kahwin yang iqa dihadapkan dengan perasaan tenang,syahdu dan damai. Waduhh.. entri sebelum ni pasal kenduri tu kat sini.

majlis yg serba ringkas
 
kat bilik pengantin ni. (saja menggedik)



Syawal kelima 

Hari kelima ni best sangat. Konvoi ramai2 jumpa kawan lama masa sekolah rendah. Dari pagi sampai ke malam kot.gilaa ahh.. malam pulak kitorang nonton wayang THE CONJURING. Memang kenyang gila masa tu coz perut melantak macam-macam. Dari satu-satu buah rumah kitorang menapak.adei. kalau nak taw entri lebih lanjut boleh usha sni. 

ex-classmate (kawan sekolah rendah)

The Conjuring at cinema

Syawal keenam

Kali ni dok umah je. Iqa pulak tunggu orang datang umah iqa je.ahaa.. 

Syawal ketujuh dan kelapan 

Dah seminggu beraya di kampung belah ayah barulah family iqa balik kampung belah mama di Slim River,Perak. Dua hari je kitorang dok sana. Sedihnya takda sape dah saudara-mara belah mama yang balik ke kampung opah. Kitorang je satu-satunya family yang tinggal beraya kat rumah opah tu. Yela, diorang sume pulang nak keja balik.heee.. yang best kitorang pergi mandi sungai. Kat belakang umah opah memang ada sungai. Jadi,, dengan perasaan macam kanak2 riang kitorang pegi bersuka ria kat sungai tu.ahaksss.. 

environment kampung belah mama
 
kat sungai. ahaksss

Syawal kesembilan

Iqa dok rumah je. Masa ni iqa dah pulang dari kampung belah mama. 

Syawal kesepuluh

Iqa jumpa kawan-kawan iqa satu sekolah menengah pulak. Iqa dulu sekolah kat Sekolah Raja Perempuan Taayah. Ahakss..pernah dengar tak?? Yang bestnya kitorang ramai2 pergi serbu sekolah lama kitorang. Lawa gila dah sekolah tu. Banyak sangat pembaharuan dah dibuat terutama jejantas. Dulu mana ada jejantas sekolah tu. Hak3.. kitorang jugak konvoi ramai2 pergi rumah cikgu. Tapi, tak ramai pon kawan sekolah menengah iqa jumpa. Jumpa Farhana, Fajrina, Am, Rawaidah, dan Jue je. Yang paling tak boleh blah diorang still kol iqa dengan panggilan “ZUL”. Adeh..sabo je la.. iqa dulu memang terkenal dengan kelakuan yang agak ganas sikit. Perangai dah macam lelaki. Tu sebab dapat nama jolokan ZUL. Tapi tu dulu ye,, sekarang dah tak.. sekarang kawan iqa di university panggil iqa PROFESSOR. Ahahaha.

tempat menimba ilmu suatu ketika dulu
model jejantas. kah3

Ahaaa.. panjang kan cerita iqa untuk raya kali nieh.. soryla kalau korang bosan or nak muntah baca. Entri ni dah macam diary plak. Sedihnya raya taun ni iqa dapat sikit je duit raya. Hakhak..dah beso masih berangan lagik nak duet raya. 

oke taon ni byk ni je dapat duet raya.ahahaa


Pada dressuana terima kasih kerana menganjurkan contest ini dan baca entri ni. Iqa tak kenal pon awak. Ni first time iqa follow blog awak sebab nak join contest ni. Seronok plak rasanya sebab buat cerita raya dari awal sampai akhir.hee.. tq ya..

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

No comments:

Post a Comment

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa