SITUASI 1
Dia sedang
enak menikmati mee rebus di restoran tersebut.
Tiba-tiba
satu bunyi yang amat kuat datang entah dari mana.
Dia menghentikan
suapannya dan terus menoleh mencari punca arah bunyi tersebut.
Kelihatan
seorang nenek tua sedang mengheret kerusi sambil berjalan dalam keadaan
terbongkok-bongkok.
Nenek tua
itu pasti tidak mampu berjalan sebab itulah dia terpaksa mengheret kerusi
tersebut.
Orang ramai
yang sedang sibuk menikmati makanan hanya melihat panorama nenek tua itu yang
terbongkok-bongkok melintasi mereka.
Perasaan simpati
tumpah di dadanya.
“Kesiannya
nenek tu…” . Dia bermonolog di dalam hati.
“Argh,,nak
tolong ke tak ni???”
“Kang, aku
pimpin tangan dia apa lak orang kata nanti??”
“Dah lah
orang tengah ramai dalam restoran ni. Malu aku…”
Sudahnya, dibiar
nenek itu terus berlalu.
SITUASI 2
Perjalanan menaiki
KTM mengambil masa yang agak lama dari KL Sentral ke Seremban.
Di dalam KTM
tersebut, dia tertidur di atas kerusi sementara menunggu KTM tersebut sampai ke
destinasinya.
Dalam
perjalanan tiba-tiba dia terjaga dari tidurnya.
Dan matanya
tertangkap pada seorang makcik yang sedang berdiri dalam KTM tersebut.
Di sisi mak
cik itu terdapat banyak barang-barang kepunyaannya.
“Kenapa
makcik ni berdiri??,” tanyanya dalam hati.
Lantas
matanya menoleh mencari tempat kosong KTM itu.
Ternyata semua
kerusi sudah penuh dipenuhi orang.
“Argh,
peduli apa!”
“Lantaklah
makcik tu berdiri…”
“Nanti aku
bagi tempat duduk aku,,aku nak duduk mana.”
“Baik aku
buat-buat tidur…”
Di merata-rata tempat, kebanyakan
anak muda begitulah sikapnya. Selfishnya! Huuu…
Iqa pasti kedua-dua situasi di atas
mesti korang pernah laluinya atau melihatnya.
Kita
ternampak orang yang lebih tua dari kita nak melintas,apa kita patut buat???
Kita
ternampak orang yang lebih tua dari kita terpaksa berdiri dalam
bas/train/lrt(kenderaan awam) apa kita patut buat?
Apakah kita patut berdiam diri?? Membiarkan
sahaja?? Buat2 tidak nampak?? Buat2 tidur???
Seharusnya sifat simpati dan hormat
dalam diri itu perlu ada.
Apabila
melihat orang tua terkedek-kedek melintas jalan apa salahnya kita
sebagai orang muda menolong orang tua tersebut memimpin tangannya bagi pakcik
lelaki la,bagi makcik perempuan le.hee
melintas jalan.
Tanya makcik/pakcik tu :
“Makcik nak ke mana?”
“Meh saya tolong mak cik”
“Nampak berat beg makcik ni.. biarla saya tolong bawakkan….”
Fuyyyoo!!! Ada lagik ke orang muda
perajin camni ya?? Kalau ada boleh buat calon isteri/suami kot! Kahkahkah.. tetibe…
Begitu jugak dalam bas awam or LRT.
Tidak
salah kita memberikan tempat duduk kita pada mereka kalau kerusi dah penuh maksudnya.
Sememangnya mereka tidak meminta,
tetapi kita memberi sesuatu pertolongan yang amat mudah.
Iqa perasan mende2 cenggini ramai
yang tak alert.
Ramai yang buat dunno jee..
Tolong
orang ni mudah je. Sekejap tu saje dah dapat pahala . betul tak??
Tak perlu rasa malu bila nak tolong
orang.
Iqa faham setengah orang dia rasa
malu bila nak tolong makcik or pakcik.
Takut dikatakan menunjuk-nunjuk pulak
kann..
Tapi, cuba buang perasaan malu. Malu
pada Allah patutnya. Bukan malu pada manusia!
Lantak la orang nak cakap apa pon! Pedulikan..ahaa..
Yang penting kita ada perasaan nak
tolong orang, ada perasaan simpati kat dalam diri bila melihat orang yang
kurang berupaya dari kita.
Apabila kita tolong orang yang lebih
tua dari kita sudah tentu
kita disayangi jugak bukan???
That’s why kita pernah dengar “Hormati yang tua, sayangi yang
muda”
Nampak tak permainannya di sini?? Ahaaaa…
tetibe.
Sebelum iqa mengundur diri jom hayati hadith ni :
Maksud hadis: “Barangsiapa tidak menaruh hormat
kepada orang yang lebih tua diantara kami atau tidak mengasihani yang lebih
muda, tidaklah termasuk golongan kami” (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad dan
disepakati yang lain). <
--- Ha! Amek kaw! Kena setepek kat muka!
Allahuakbar.. Nauzubillahiminzalik…
Renung-renungkan dan reflek diri kita
balik.
Banyakke dah amalan kita kat dunia ni
sampai kita dah taknak tolong orang lain?huuu
No comments:
Post a Comment
Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak