Guys.
Hari ni sudah masuk syawal ke 14.
Definisi puasa enam : Puasa sunat yang dikerjakan
sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan
secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan
Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan
pada awal bulan Syawal.
Actually sesiapa yang berpuasa enam ni besar ganjaran pahalanya.
Fadhilat puasa
enam
1. Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan
(puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya)
seperti ia berpuasa selama satu tahun.” (HR. Muslim).
2. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi
shallallahu ‘alaihi wasalllam bersabda:
“Puasa Ramadhan
(ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari
(di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.”
3. Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan
hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan
diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh
ibunya”
Puasa ganti dan
kaitannya dengan puasa enam
Soalan :Bolehkah niat puasa enam digabung bersama
dengan niat puasa ganti???
Perasan tak?? Persoalan ni sering menganggu fikiran kita
terutama bagi kaum wanita yang perlu kena ganti puasa. Ehee..faham kan..
Jadi,, iqa baca artikel daripada sini mengatakan :
Ada DUA pendapat
:
1. Pendapat pertama ---- > tidak boleh ! ( Tak sah ) berdasarkan hadis di bawah ini :
مَنْ
صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر
Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan
kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia
berpuasa setahun". (HR Muslim)
Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan
iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan
puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam
hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih
Al-Munajid – www.islamqa.com]
2. Pendapat kedua ---- > ganjaran
puasa enam tetap akan diperoleh kalau seseorang tersebut menqadha’kan
(menggantikan) puasanya ( niat puasa ganti tak gabung dengan niat puasa enam). Tapi
ganjaran pahala diperoleh kurang sedikit berbanding orang yang berpuasa
kedua-duanya berasingan. Yang ini pendapat ulama syafie.
Jadi, kesimpulan yang
dapat kat sini, gabungan niat puasa ganti dengan
puasa enam tidak boleh, tetapi bagi sesiapa yang berpuasa ganti dalam bulan
syawal mereka akan beroleh ganjaran pahala puasa enam tu. < ----- ngeee..faham tak???
Kalau nak pahala upgrade lagi lebih afdhal puasa
asing-asing. Mula2 puasa ganti dulu, then puasa enam. < ---- ha..faham kan..
Jadi,, bagi yang tak start puasa enam lagik iqa nak ajak
korang jom tup up pahala dengan melakukan ibadah ni.
Tak susah pun.huu
* (ngee.. kalau apa yang korang baca ni salah, sila perbetulkan
ya. Iqa manusia bese punya banyak kekurangan.)
No comments:
Post a Comment
Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak