Hai kawan kawan… apa khbar??
Gilaa lahhh…cepatnya masa berlalu..
Dah abis Ramadhan.. esok dah nak raya!!
Jadi,, malam raya korang buat ape je??
Eheee… iqa taw mesti ramai yang bermengah-mengah buat
persiapan di malam raya..
Iqa pulak??? Ha! Jum terjah ..
Ahaha..ni masa iqa kecik.. parents iqa selalu bawak iqa dan
adik balik rumah atok malam raya
Main bunga api dan mercun
Kalau budak kecik memang tak sah la kan main bunga api dan mercun..iqa dan adik masa kecik suka main bunga api malam raya. Mercun kekadang je .. kitorang pompuan ..takut.huuu
Masa kecik2 dulu bese pasang panjut kat rumah atok. Seronok sangat
rumah dikelilingi panjut. Sekarang, iqa dah besar tak pakai dah panjut ni…huuu…rindunya.
Wakaka..malam raya memang banyak lagu2 raya.. iqa paling suke
dengar lagu Mamat Exist : Kupohon Restu Ayah
Bonda .. sambil mengemas rumah sambil mendengar lagu…wa..bestnye
Masa ni lah iqa baru nak tolong mama iqa pasang langsir..
bila raya je sangat sinonim dengan langsir?? Betul tak? Ahaha
Iqa tolong mama isi kuih raya dalam balang..tak pun bekas..
seronok.. macam2 kuih ada. Biasa mama iqa beli je.. tapi taun ni iqa ada buat dua jenis kuih raya : Siput dan Cornflake !!! eheee…
Bilik iqa dan adik biasanya jadi tumpuan bile hari raya. Bile
saudara mara datang je mesti diowang nak letak handbag la..nak baring la…nak
solat.. adeh. Nak taknak kene kemas bilik bagi nampak lawa. Ahaa..
Wakaka.. masa kecik2 dulu macam ni la perangai iqa dan adik. Suke
sangat bila dapat baju baru. So,, asyik nak try je menggayakan baju tuh depan
cermin. Esoknya kitorang nak pakai untuk solat hari raya.
Malam raya kitorang da siap dengan pakaian yang sudah
digosok. Esoknya,,kitorang akan pakai baju baru tu untuk ke masjid solat hari
raya.
Malam raya da start dengan cter2 best. Taun lepas ada citer
Vanila Coklat Raya!! Taun ni (malam ni) ada citer Setia Hujung Nyawa Raya.. ahaa..
best2!!
Okelah.. tu antara aktiviti2 yg iqa buat sepanjang malam
raya..
korang plak camana?? Taknak
share dengan iqa???
Di kesempatan ini iqa nak ucap “SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI” pada sume rakan2 blogger..
Iqa nak minta maaf sekiranya iqa ada menyinggung perasaan
korang ..
Mana taw..kot2 iqa ada komen dengan perkataan2 tak elok
ke..huu
Mintak maaf sangat2..
Jangan lupa kita disunatkan mengucapkan takbir
raya sehinggalah imam mengangkat takbiratul ihram
sembahyang Hari Raya pada keesokan harinya.
“TAQABBALLAHU
MINNA WA MINKUM” “SEMOGA ALLAH MENERIMA
AMAL KAMI DAN AMALANMU”
No comments:
Post a Comment
Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak