السبت، 10 أغسطس، 2013

The Legend of "Duit Raya"

 
 

Untuk sepanjang raya nih iqa nak update entri2 yang berkaitan raya.
Ahaa..best. 


Zaman kanak-kanak

Masa kecik dulu bila masuk bulan pose je mesti fikiran iqa dah terbayang-bayang Hari Raya lepas tu.
Bila hari2 berakhirnya Ramadhan mesti iqa dan adik akan duduk depan TV. Sebab apa??
Nak dengar perutusan pengishtiharan Raya drpd pakcik perutusan tu.

Ucapan sebegini :
“negeri2..majlis..duli yg maha mulia telah menetapkan Tarikh Hari Raya Aidilfitri pada…blabla…”
Kah3… bile dengar je utusan sebegini depAN TV pasti iqa dan adik melompat riang.

“Hoorayyyy!!! Yeyeyeye!!! Esok raya!!!! Baju bawu!! Baju bawu!!”

Seronok sgt masa tu sebab dapat pakai baju baru. Ahaaa..
Kat depan mata iqa dah terbayang duit2 raya yg berkepuk-kepuk dalam tangan.
Bila time raya iqa dan adik memang mempunyai satu misi.
Iaitu misi mengumpul duit raya.
Pegi beraya je rumah orang selalu je dapat duit raya.
Berbagai2 bentuk sampul dan warna duit raya yang kitorang dapat.
Biasanya sampul2 tu iqa akan simpan.
Sayang nak buang sampul2 duit raya tu sebab cantik2 sumenye.
Dulu masa kecik paling sedikit duit raya dapat RM1. Ada jugak yg bagi 50 sen..80 sen..
Tapi kitorang tak kisah… duit sedikit pon bile kumpul jadi banyak kot.
Paling lawak iqa dan adik kadang2 tu main terjah je umah orang.
Makan kuih raya sikit je.. yang lebihnya nak duit raya je. Hak3..
Iqa rasa sume kanak2 cenggitu.
Beratus-ratus lah kitorang dapat hasil kutipan duit raya tu.
Then,,simpan kat bank.
Ahaa..seronoknya zaman kanak2.
Iqa xley lupa kenangan duit raya tu.. sangatlah legend.

Zaman sekarang (dah besar) 

Umur iqa sekarang dah masuk 2o-an…
Harapan nak dapat duit raya tu sangat2 lahh tipis.
Sapala nak bagi iqa duit raya nih.
Dah besar panjang memang takdalah sapa2 nak bagi duit raya.sobsob. huuu..
Raya kali ni pon baru 2 uncang dapat duit raya. 

Daripada raya pertama sampai raya kedua banyak ni je iqa dapat.huu

Tapi sekali kalau dapat duit raya memang rasa heaven gila..
Bese dapat banyak lahh. RM5,,, RM10…
Paling sikit pon RM3..huu
Nanti iqa dah keje sudah sampai masanya iqa pulak bagi duit raya pada budak2..
Duit raya memang sangatlah legend bagi kanak2..
Kalau sekali datang rumah orang tak bagi duit raya memang kene kutuk kot tuan rumah tu.
Ahaaa…jahat tak mulut iqa dulu?? < --- ni masa kecik yee..
Okele.. bagi blogger kanak2 meh la datang umah iqa.. 
Dapat duit raya nanti!ahaa…

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa