Monday, August 19, 2013

Konvoi Ex-Classmate Sekolah Rendah

 
 
Hai guys..
Raya kali ni iqa rasa happy sangat.
Alhamdulillah iqa dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama yang sekampung dengan iqa.
Inilah hikmahnya kenapa Allah adakan satu hari raya untuk hamba-hambaNya.
Masa ni kita akan berziarah dengan sahabat2 kita, saudara-mara kita,,,etc..
Secara tidak langsung ikatan persaudaraan dan silaturrahim tidak akan terputus.
Ini adalah sahabat2 iqa ketika bersekolah di sekolah rendah.
Kami membesar bersama-sama,, belajar bersama-sama.
Di kelas 6 Wira itu banyak kenangan-kenangan lama terpahat di situ.
Hubungan kami tidak terputus sehinggalah satu group ditubuhkan di Facebook.
Dan Alhamdulillah iqa dapat bertemu mereka kembali ketika raya baru-baru ini.
Walaupun tidak ramai, tetapi terubatlah rasa rindu di hati ini.
Kami borak sama-sama. Pelbagai topic diketengahkan.
Mula-mula jumpa memang agak malu la jugak,terutama dengan budak lelaki.ahaa..
Lama2 dah oke..
Sehari suntuk kami berjalan. Dari pagi hingga ke malam.
Malam pulak kami pergi menonton wayang. Ahaaaa..
Cerita THE CONJURING. Agak seram la jugak.
Seorang sahabat iqa ni Fazira dengan baik hatinya belanja kitorang semua. Gilaa ahh..
Thanx ya Fazira.

 
Cerita mengenai kawan2 iqa :

Aisyah. Aisyah memang terror gila BI masa sekolah rendah dulu. Dia terkenal di kalangan cikgu kitorang, Cikgu Ismail. Cikgu Ismail memang sangat legend. Bila iqa ingat dia balik rasa nak tergelak sangat2. Best sangat dia ajar. Now, Aisyah sedang buat degree di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dalam jurusan Bahasa Inggeris.

Syarifah Zulaikha. Ni kawan sekampung iqa yang sama-sama dengan iqa melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dah la nama pon lebeh kurang sama.eheee.. Syarifah amek bidang ICT kat UIA. 

Dari kiri : Syarifah Zulaikha, Aisyah, Iqa


Fatin Nabila . Fatin ni budak pandai. Dia budak UM (Universiti Malaya). Amek jurusan medic kat UM. Bapak ahh..teror kan..dapat JPA pulak tu..heee.. iqa suka tgok dia. Muka dia bersih je.. ahaha.. sesape berminat ngan dia contact iqa ek..hak3..tetibe

Fazira. Orangnya berkulit hitam manis. Lebih dikenali dengan panggilan Ya. Ya dah kerja. Kat office plak tu. Jadi kerani TNB kat Sitiawan. Gila ahh..muda2 dah kerja. Dah ada kereta sendiri pulak tu..huu.. hari tu dia lah belanja kitorang tgok wayang.. huu..thanx ya!! 

Syarifah Hasnin. Hasnin ni dari dulu sampai sekarang kecik je badan dia. Tak berubah-ubah.ahaaa.. comel je tgok dia. Dia amek form 6. Result dia gempak doe. Bulan 9 ni dia akan gi UPM (Universiti Putra Malaysia). Amek course Sastera. 

Dari kiri : Fatin Nabila, Fazira, Iqa, Syarifah Hasnin


Nadia. Nadia best friend iqa masa sekolah rendah dulu. Iqa duduk sebelah dengan dia. Kat mana2 je sentiasa bersama. Dah macam belangkas da.ahaaa.. nadia student UNIMAP ( Universiti Malaysia Perlis) Amek course Engineering.

dari kiri : Syarifah Hasnin, Fatin Nabila, Fazira, Nadia

 
 
Amirul Azhar. Budak ni tak kurang banyak jugak gossip pasal dia kat sekolah rendah dulu. Kah3.. iqa tak pasti tapi ramai kot minat dia.. masa iqa jumpa dia baru2 nih kesian dengan kaki dia. Terpaksa guna tongkat nak jalan. Katanya dia jadi cenggitu sebab main takraw.hee.. pape pon Syafakallah ya mirul. Moga Allah cepat sembuhkan kaki kaw. Now, dia student kat UNIKL amek course Engineering.

Ikram.Ikram kawan rapat Amirul.. Ikram ni lagi ar..budak pandai jugak. Dia student pharmacy buat A-Level kat (International Education College) Intect. Nanti in sha allah dia akan pergi United Kingdom. Gilaa ahh.. baru2 ni dia dapat result gempak doe. 4 flat kot.. Tahniah Ikram.

Hazwan. Biasa orang panggil dia Juan. First time iqa jumpa dia terkejut jugak. Rambut dia dah panjang.lurus lagi tu..ahahaha.. sekali tengok cam kelakar ada. Nampak terserlah jugaklah ke “henseman” beliau. Hak3..juan jangan perasan ya. Juan ni perangai dia dari dulu sampai skag tak berubah kot. Still lagi dengan perangai gila-gila dia. Juan budak pandai jugak.amek medic kat mesir lagi tu. University of Tanta.hohoho

 
Dari Kiri (perempuan) : Fatin Nabila, Nadia, Fazira, Syarifah Hasnin   Dari kiri (lelaki) : Juan, Amirul, Ikram)




 
kat panggung wayang. ahaksss

adik iqa ikut sekali layan citer THE CONJURING

Ini cerita mengenai kawan-kawan iqa ex-classmate sekolah rendah.
Gembira sangat dapat berjumpa diorang.
Iqa harap hubungan persahabatan ini akan kekal hinggalah ke tua.ahaa..in sha allah.
Entri ni dibuat sebagai satu penghargaan buat kawan2 iqa.
Jadi,, kawan2 blogger harap korang tak muntah baca entri nih.ahakss… 

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

No comments:

Post a Comment

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa