Pandangan ditala ke arah majlis kenduri kahwin tersebut.
Suasana tidak semeriah mana pun.
Tidak ramai orang yang dijemput untuk menghadiri majlis
perkahwinan tersebut.
Tetapi, walaupun tidak meriah, aku terasa ketenangannya di
situ.
Tenang…syahdu…aman…damai…begitulah perasaan yang dapat aku
ungkapkan pabila aku datang ke majlis walimatul urus ini.
Tak tahu kenapa, perasaan sebegini wujud dan ini adalah
pertama kali aku terasa akan perasaan ini.
Biasanya, kalau kita datang majlis kenduri apa pun mesti dipenuhi
dengan gelak ketawa, riuh rendah dengan orang ramai dan tidak kurang juga muzik
berdentam-dentum yang membingitkan telinga.
Namun, kenduri kali ini aku tidak merasai suasana sebegitu,
sebaliknya ketenangan yang aku rasai.
Tema warna hijau itu menarik perhatianku.
Langkah diteruskan sambil tangan sibuk mendail nombor telefon
sahabatku, Izzah.
Hari ini merupakan majlis kahwin kakak Izzah.
Aku yang merupakan satu-satu sahabatnya di UIA secara
istimewa dijemput oleh Izzah untuk menghadiri kenduri kahwin kakaknya.
“Weii… Izzah!! Iqa da sampai da ni!! Mana kaw???” kereknya aku bersuara di telefon. Ah,,Izzah sudah biasa denganku, ssemestinya dia tidak kisah.
“Arr,,da sampai?? Oke2.. izzah tunggu depan khemah ni,”.
Telefon dimatikan. Lantas kaki terus menuju ke khemah.
Rindunya pada Izzah. Sudah lama tidak berjumpa dengannya.
Cerita ni kisah benar. Baru baru ni iqa pegi majlis kahwin
kakak kepada kawan iqa, Izzah.
First time iqa pegi kenduri kahwin yang iqa rasa tenang dan syahdu sangat. Huuu…
Majlis kenduri kahwin ni sangat2 ringkas dan sederhana.
Mugkin sebab family Izzah dari kalangan orang yang sederhana.
Tidak ada pelamin,
muzik, makan beradap untuk raja sehari.
Masa iqa datang kenduri tersebut, pengantin lelaki dan
perempuan sedang makan di
atas lantai rumah sahaja.
Bayangkan kawan-kawan??? Biasa kita melihat pengantin makan
di atas kerusi dan meja.
Sebaliknya, pengantin ini hanya bersila di atas lantai.
Allahuakbar, pemandangan sebegini adalah pertama kali berlaku dalam hidup iqa.
Hakikatnya majlis kenduri kahwin sebeginilah yang paling
afdhal dan berkah.
Elakkan pembaziran yang melampau-lampau ketika mengadakan majlis
kenduri kahwin.
Bagi iqa, pelamin, muzik2 yang kuat semua itu tidak perlu.
Boleh menggalakkan kita ke arah pembaziran.
Jika kita ingin mengadakan sesuatu majlis yang memaksa kita
berhutang dengan kadar yang banyak, elakkanlah perkara tersebut.
Cukuplah sekadar majlis yang ringkas dan sederhana.
Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas
kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi
(menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke
atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.”
(Hadis riwayat al-Bukhari).
Salah satu perkara yang dinyatakan dalam hadis ini ialah larangan Rasulullah agar umat Baginda menjauhi
pembaziran.
Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang
membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang
yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat
ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).
Gambaran yang diberikan Allah terhadap orang yang melakukan
pembaziran dalam ayat berkenaan amat keras kerana syaitan itu adalah makhluk
yang paling ingkar terhadap perintah Allah.
Namun, perasan tak, sekarang ni, kalau nak adakan majlis
kahwin perlu diadakan besar-besaran dan gilang gemilang???
Semuanya kene havoc, glamor dan high class contohnye pelamin,
baju pengantin, goodies dan muzik.
Kalau takde sume tu tak lengkaplah majlis perkahwinan
tersebut.
Inilah masyarakat Melayu. Terlalu mengikut dan terpengaruh
dengan masyarakat Barat.
Nau’zubillahiminzalik.
Renung-renungkan samaada mahukan majlis
kahwin yang mendapat keberkatan dan keredhaan Allah ataupun mendapat laknat
dari Allah disebabkan pembaziran yang melampau-lampau.
Di sini iqa ada sertakan beberapa gambar majlis kahwin kakak
Izzah yang cukup sederhana dan ringkas.
Sayangnya iqa tak dapat bergambar dengan pengantin sebab masa
tu diorang tengah makan.huu
dari depan walimatul urus |
beginilah keadaan majlis kawin kakak izzah |
dari kiri : adik iqa, iqa , izzah |
pengantin bersila makan di atas tikar |
makan beradap di tikar yg sederhana dan ringkas. Allahuakbar.pemandangan cenggini buat iqa lebih insaf |
bilik pengantin. ahaha.. cam iqa kawen |
No comments:
Post a Comment
Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak