السبت، 3 أغسطس 2013

Qiamullail di atas Jalan Raya

 
 
Satu kejadian yang maha dasyat pergh.. gempak tak??.ahaha berlaku di depan mata kepala iqa sendiri.
“Qiamullail di atas Jalan Raya” pheww…apa maksud tersirat di sebalik tajuk entri neh????
Sebenarnya ada cerita di sebalik tajuk nih.
Kisah ini berlaku pagi tadi.
Iqa dan parents iqa bertolak pagi2 buta dari rumah dalam area pkol 3.30 pagi ke Terminal Bas Aman Jaya Ipoh utk menjemput adik iqa yang pulang menaiki bas dari Terengganu.
Adik iqa belajar di Unisza,,Terengganu.so dia balek utk beraya dengan kitorang.
Terpaksa berperang dengan kemengantukan yang amat sangat jadi iqa pon ikut je parents iqa jemput adik cuz iqa pon dah rindu sngat dekat dia.
Dalam perjalanan ke Terminal Bas tersebut tetibe iqa terdengar bunyi yang sangat kuat dari luar tingkap kereta.
Iqa yg tgh tertido terus terjaga bile dengar bunyi kuat tersebut.
“Allahuakbar!!” Apa nih??” terus iqa bertanya pada mama ngan ayah.
Terkejut berok gilerr kot bile mata iqa terpaku pada bebudak2 mat rempit sedang bersiap sedia nak merempit di atas jalan raya.
Bukannya sikit mat2 rempit tu yang nak merempit,, ramai sgt2!!… iqa agak dalam lingkungan dekat 100 org!!!
Masa tu dalam area pkul 4.30 pagi!!! Dan kejadian berlaku di jalan Medan Gopeng.
Kereta kitorang berhenti di depan lampu isyarat.
Sepatutnya bila lampu isyarat dah bertukar warna hijau, kita teruskan perjalanan ..tapi kitorang tak dapat teruskan perjalanan.
Sebab mat2 rempit tuh menghalang laluan jalan kitorang. Huu..
Bukan kereta kitorang je tersekat di tengah jalan tu.. banyak lagi kenderaan yang lain tersekat disebabkan mamat2 rempit tu..
Yang paling peliknya mat2 rempit tu langsung tidak mempedulikan kenderaan2 lain yang membunyikan hon memarahi diowng.
Dan paling pelik lagik polis xdak kee??
Gamaknya polis2 enak dibuai mimpi atau dah tak mampu nak mengawal diowg.
Iqa pulak yang melihat kejadian tu terus berasa sangat takot sekali.
Rasa berdebar-debar sangat dan nak pecah dada nih.
Sebab bese iqa tgok kejadian sebegini kat tv je.. tetibe berlaku kat depan mata..
Yele..iqa budak kampung .bukan budak bandar yang dah bese dengan kejadian sebegini..
So bile berlaku depan mata sendiri …Gilaa lahhh tak takot kann…
Cuba korang bayangkan kalau bende nieh berlaku depan mata korang???
Bukan sikit mat2 rempit nih. Ramai sgt…huuu..
Alhamdulillah ayah iqa berjaya buat u-turn.
So,kitorang tukar laluan jalan. Ikut jalan lain..
Kesimpulan yg iqa dpt dri melihat kejadian tu..
Diowg sebenarnya tgh ber’qiamullail’ di atas jalan raya.ahhaaaa..
Memang tak takot langsung nak mati.. menempah maut namanya..
Time bulan Ramadhan ni masih banyak berlaku kejadian sebegini…
Orang pagi2 buta neh sibuk bertahajud di sejadah..tambah-tambah 10 malam terakhir ni..  
Diowg pulak sibuk merempit..huuu..
Sedih .. sedih melihat… ramai anak2 muda terlibat dengan gejala sosial nihh..
Tak paham..apele best sgt merempit nih?? Cuba bagi ape faedahnye..huu.
Dalam hati iqa berdoa semoga mereka diberi hidayah…
Iqa ada sertakan gmbr.sebagai bukti. Tapi tak nampk sgt sebab kamera bb nih buruk.
Sampai sekarang iqa masih terasa berdebar-debar dan seriau bile mengingatkan kejadian pagi tadi..huuu…

iqa sempat snap gambar dari dalam kereta


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa