Friday, August 23, 2013

Kunci kejayaan terletak pada......


Deringan bunyi ringtone Separuh Aku Noah menganggu kerjaku di dapur.
“Aik,, sapa plak telefon aku tengah hari buta neh?”. Aku pelik.
Pantas tangan aku mencapai telefon bimbit.
Ainil???
Ainil merupakan classmate dan roommate aku paling rapat ketika belajar di Pusat Asasi UIAM.
“Yes,, Ainil!! Kenapa doe call iqa???ahaha,”aku memulakan perbualan sambil gelak mengekek.
“Prof!! aku dah amekkan transcript kaw neh! Terror gilerr kaw! Result kaw dekat 4 flat!” riuh Ainil dalam telefon.
“Erk, alamak.. kaw baca transcript iqa ek?,” lantas aku bertanya.
“Yele. Apa rahsia kaw erk? Makan zabib (kismis) ek?,” Ainil bertanya.
“Ha??,, adui.. mana ada terror..biasa2 je la…” 

 ************************************************
Bulan 7 aritu result budak2 uia yang amek asasi dah keluar.
Memandangkan iqa duduk di Perak , iqa terpaksa meminta Ainil,sahabat iqa tolong ambilkan transcript (result) iqa.
Kebetulan, rumahnya dekat dengan UIA, so,, dia memang ingin ke sana.
Alhamdulillah.result iqa takdele gempak sangat. Cukup2 makan je. bolele layak nak apply scholarship.huu
Ramai yang bertanya apa rahsia iqa belajar. Walaupun iqa ni takdele terror belajar mana sangat pon.
Jadi, tak salah rasanya iqa share tips2 atau kunci2 kejayaan belajar dalam apa jua bidang yang kita ceburi.
Bukan belajar sahaja. Dalam bekerja sekalipon.
Iqa amalkan petua2 ni sejak sekolah menengah lagik dan ia amat berkesan sangat sampai sekarang.


Antara kunci2/tips kejayaan :

1. DOA DAN YAKIN YANG DOA KITA AKAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH.

Apa2 je yang kita nak dalam hidup ni, kita perlu doa pada Allah. Begitu juga kalau kita nak result gempak, mintak bantuan daripada DIA. Dan kita perlu yakin doa kita tu dimakbulkan oleh Allah. Kalau tak yakin, memang betui2la Allah tak makbulkan doa kita.huu

2. DOAKAN SAHABAT2 KITA SUPAYA BERJAYA JUGA

Sebenarnya, salah satu tips success dalam pelajaran ,kita perlu juga doakan sahabat2 kita supaya mereka berjaya. Don’t be selfish. Kita bukan nak kita sorang je dapat result 4 flat, tapi kawan2 kita juga berhak dapat sume tu.

Cuba bayangkan… kita sorang2 buat kebaikan.. then masuk syurga sorang-sorang juga.. best tak rasa camtu??  Mesti takkan.. kita mesti nak ahli2 keluarga kita yang lain jadi penghuni syurga jugakkan???

Jadi,,begitulah perumpamaan orang nak berjaya ni. Perlu doakan sahabat2 yang lain juga. Bersama-sama sahabat juga dapat meraih kejayaan ini.

3. MINTA DOA DARIPADA MAK AYAH

Bende ni sangat penting !! jangan lupa doa mak ayah kita lebih makbul,terutama doa ibu kita. Minta mereka doakan kejayaan kita.

And iqa nak ingatkan pada kawan-kawan : Tolong jaga hubungan kita dengan parents kita. Mean,, jangan sesekali kita menderhaka terhadap mereka. Sekali kita menyakiti mereka, KONFEM hidup kita takkan tenang. Trust me..heee

4. TELEFON MAK AYAH LEBIH MEMUDAHKAN URUSAN KITA DENGAN MANUSIA

Urusan yang iqa maksudkan ini contohnya:
- Sebelum memulakan interview dengan majikan (bagi yang nak minta kerja) apa salahnya kita call dulu parents kita. Minta mereka doakan kita supaya urusan kita lebih mudah.
- Sebelum menjawab kertas peperiksaan ( bagi student) call dulu parents. Minta mereka doakan kita supaya urusan kita dipermudah. Dan In sha allah kita senang jawab soalan-soalan tersebut.

5. TIME MANAGEMENT SANGAT PENTING

Menjadi seorang pelajar atau pekerja atau majikan atau bos masa itu sangat penting dan berharga. Dalam al-quran juga ada sebut tentang masa iaitu surah al-asr.
Okey kat sini iqa nak cakap kita kena pandai uruskan masa.

Contoh : Menjadi seorang pelajar ada masa untuk beribadah,bermain, join society. Bukan sekadar belajar je sepanjang masa. Student yang bijak ialah beliau dapat menguruskan masa dengan betul. Pandai menyeimbangkan antara urusan duniawi dan urusan ukhrawi.

6. Jaga makanan dan minuman seharian

Makanan dan minuman yang kita makan akan jadi darah daging kita. Jadi, iqa nak ingatkan kat sini makan bende2 yang halal dan baik untuk kesihatan. Barulah otak kita fresh, mudah berfikir. Bagi student yang nak senang ingat belajar iqa cadangkan korang makan kismis,buah badam ke, tak pon madu … Elakkan makan bende2 masam, kepala ikan ,organ dalaman cam hati,hempedu dan etc….

Tu antara tips2 kejayaan yang iqa dapat kongsi.
Sebenarnya banyak lagi. Heee..
And, perasan tak dalam banyak2 kunci2 kejayaan tu mostly doa je


Sebenarnya doa tu sangat2 penting!  Bergantung seratus-peratus kat Allah. Barulah kita boleh berjaya.
And satu lagi iqa nak ingatkan yakinlah 100% yang doa kita itu akan dimakbulkan Allah.
Kalau sekadar doa tapi tak yakin takley jugak.
And kalau doa sahaja tanpa usaha tak boleh jugak.

The conclusion is Doa + Usaha + Tawakal = In sha Allah Allah akan beri kejayaan kepada kita.

Trust me..eheeee

p/s : Entri ni bukan nak show off,, riak ke,,, hape, iqa cuma nak share tips2 yg iqa amalkan ni. Ilmu kalau ada buat apa disimpan, sepatutnya ia perlu disebarkan kepada orang lain jugak. Betul tak?? 

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

No comments:

Post a Comment

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa