Saturday, August 24, 2013

Kakak..Kenapa kakak pakai stokin???


Seorang kanak-kanak bertanya kepada aku :
“Kakak,,,kenapa kakak pakai stokin???”
Aku jawab :
“Pakai stokin tu sebahagian daripada menutup aurat la adik bagi perempuan” ……
Kanak-kanak tu bertanya lagi kat aku :
“Yeke?? Ke akak ni,,ustazah??? Biasanya ustazah je pakai stoking ni.” 

 **********************************

Ambui! Pakai stokin je ustazah! Ustazah je pakai stokin! Ahahaha..tetibe nak bengang pulak.
Tahukah anda aurat seorang wanita meliputi seluruh anggota badan dari rambut sampailah ke kaki (di hadapan lelaki bukan mahram/ajnabi) kecuali muka dan tapak tangan sahaja boleh nampak.

Tak caye boleh usha dalil2 tentang aurat wanita ni :

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nur ayat 31 (boleh usha ayat ni dalam tafsir) yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada
wanita-wanita yang beriman supaya menahan

(i) mata mereka (dari memandang yang haram)

(ii) dan memelihara anggota-anggota kelamin mereka,

(iii) dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka melainkan mana-mana bahagian yang ternampak darinya sahaja (muka dan kedua tangan sahaja), < -- maknanya kaki adalah aurat jugak

(iv) dan
hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan kain kelubung (kain tudung/jilbab) mereka,

Dalam satu hadith riwayat al-Baihaqi dan Abu Daud diceritakan daripada Aisyah r.a. bahawa Baginda bersabda kepada Asma' binti Abu Bakar (adik Aisyah dan merupakan adik ipar kepada Baginda ketika Asma' mula-mula baligh): " Wahai Asma', sesungguhnya wanita itu apabila sudah baligh (keluar haid) maka tidak wajar lagi dia memperlihatkan dirinya (aurat) melainkan ini (muka) dan ini (kedua tapak tangan)" < ----- maknanya kaki adalah aurat jugak


Stokin / tudung labuh dan kaitannya dengan ustazah 


Apabila melihat seorang wanita bertudung labuh dan berstokin misalnya semestinya beliau akan mendapat mendapat jolokan atau gelaran “ustazah” .
Inilah mentality masyarakat Melayu . tak paham betei orang berfikiran sempit cenggini.huu
Padahal menutup kaki dan bertudung itu adalah wajib bagi semua wanita Islam.
Bertudung tidak semestinya labuh, maksud iqa tudung yang betul2 cukup tahap minima menutup aurat ialah tudung tersebut adalah litup betul2 menutupi dada.  ngee..faham tak??

Iqa bukan main cakap je..Oke. Boleh usha ayat al-quran ni.
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ ……
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya (al-Nuur : 31)

Perkataan juyubihinna”  itu bermaksud  dada2 mereka”.
Maksudnya di sini wanita wajib pakai tudung menutupi dadanya.
Sekiranya wanita tersebut memakai tudung labuh pula ( mean lebih daripada tutup dada la kan) pahalanya akan bertambah or lebih berbanding wanita yang pakai tudung tutup dada je. Huuu..
Jadi, kalau anda nampak seorang perempuan pakai tudung labuh mean dia nak grab pahala banyak.
Tudung labuh bukan hanya dikhususkan untuk seorang ustazah sahaja bahkan wanita yang bekerja sebagai doctor, pensyarah, peguam,etc… pon pakai juga.
Begitu juga dengan stokin.
Bukan ustazah je patut pakai stokin.
Wanita2 yang beragama Islam tak kira lah ustazah ataupun tidak wajib menutup kaki mereka kerana kaki mereka itu adalah sebahagian aurat.
Jadi, di sini iqa juz nak ingatkan pemakaian stokin tu bukan hanya untuk ustazah sahaja.
Pemakaian stokin adalah satu cara nak tutup kaki kita di depan lelaki ajnabi.
Sebenarnya yang wajibnya tak kisah lah korang pakai stokin ke tak,,janji tutup kaki depan lelaki ajnabi.
Kalau kasut korang tu bertutup (tak nampak langsung kaki) tak payah pakai stoking pun takpa. Ha..faham tak.

Sebagai ingatan bersama: aurat wanita merangkumi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan maksudnya: kaki pun aurat..jom tutup kaki kita bila keluar rumah..kita mampu mengubahnya

suke stokin warna warni.ahaaa


“Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.”

p/s : Maaf kalau entri ada yang buat korang terasa. Iqa cuma nak ingatkan korang je sekaligus buat peringatan untuk diri sendiri.

Sumber : 10 soalan berkaitan aurat wanita
                Kewajipan menutup aurat 


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

No comments:

Post a Comment

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa